Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

16 Januari 2012

Nenek Ini Punyai Kelajuan Internet Terpantas Di Dunia – 40GBps

Sigbritt Lothberg, 75 tahun menjadi salah seorang ‘ibu’ yang sangat bertuah apabila mencipta rekod bukan kerana wanita tertua melayari internet tetapi memiliki sambungan internet jalur lebar terpantas di dunia iaitu 40GBps.
Sambungan internet ini sangat laju sehinggakan dia boleh melihat live streming High Defination TV/Video ( Full HD Streams) dengan jelas tanpa masalah. Kerja untuk muat turun filem video berdefinasi tinggi juga hanya memerlukan dua saat sahaja.
Menurut sumber di Malaysia, hacker Malaysia mencatatkan kelajuan sambungan paling tinggi ialah STM64 iaitu bersamaan 10GBps menggunakan perkakasan dari Arkatel dan perantara medium fiber optik.
Anaknya Peter Löthberg merupakan pakar dalam bidang rangkaian router yang kini bekerja sebagai pegawai di syarikat Cisco adalah ‘engineer’ utama dalam penyambungan internet terpantas ini.
Apa yang membolehkan sambungan 40GBps itu dapat dicapai adalah teknik modulasi terbaru yang dicipta oleh Peter membolehkan data dihantar diantara dua router yang mempunyai jarak 2000 kilometer tanpa sebarang alat tambahan seperti pengulang gelombang atau sebagainya.
Medium perantara yang digunakan ialah fiber optik dan menurutnya dalam teori tiada had jarak bagi teknik ini asalkan fiber yang digunakan tepat pada tempatnya.
Terbuktinya sambungan 40GBps itu, Peter telah membuktikan yang kita buleh mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dengan kos yang murah.
Menurutnya lagi bahagian yang paling susah dalam projeknya ini ialah memasang perisian windows ke dalam komputer emaknya.

Tiada ulasan: