Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

13 Ogos 2012

Budak ini mati sebanyak lima kali dalam satu tahun



Seorang ibu mengungkapkan bagaimana ia harus menghidupkan semula anaknya dari kematian sebanyak lima kali dalam satu tahun, akibat keadaan jantung jarang ditemui dialami anaknya.

Jantung milik Aaron Sweeney (3) boleh berhenti sampai tujuh minit setiap kali ia merudum. Dan ia boleh hidup berkat untuk ibunya Jolaine Clark (28), yang telah dilatih untuk menghidupkan kembali Aaron menggunakan defibrilator tangan yang dibawanya 24 jam sehari.

Sejak pertama kali merudum ketika dia sedang menonton televisyen lebih dari setahun yang lalu, Aaron telah menderita lima kali serangan jantung, dan tiga diantaranya dalam tiga bulan terakhir.

Namun meskipun didiagnosis dengan Prolonged QT Syndrome yang dikenali sebagai 'Sindrom Kematian Mendadak', namun Aaron tetap menikmati hidupnya sebagai anak-anak, dengan berlarian di sekitar rumahnya di Mosspark, Glasgow.

"Dia hanyalah anak berusia 3 tahun yang normal. Para doktor mengatakan bahawa dia seharusnya tidak boleh lari, tapi aku tidak boleh menghentikannya. "Tutur Jolaine.

Semua ahli keluarga Aaron dilatih untuk menggunakan defibrilator genggam khusus, agar ia dapat kembali ke rumah, tanpa perlu tinggal di hospital.

Doktor mendiagnosis Aaron menderita 'Sindrom Kematian Mendadak' ketika ia mengalami sakit jantung yang ketiga kalinya pada bulan Disember.

"Sebagai seorang ibu, sangatlah mengerikan menonton anak anda meninggal dan harus menghidupkan dia kembali. Pertama kali itu terjadi saya tidak tahu harus berbuat apa. "Tambah Jolaine.

Aaron ketika ini dilengkapi dengan alat pemantau jantung khusus yang ditanamkan di dadanya pada Januari lalu. Peranti ini mengesan ketika jantung Aron mulai gagal dan mula merakam keadaan degupan jantungnya, yang kemudian akan dibaca oleh doktor ketika dia dibawa ke hospital.

BUDAK INI BOLEH MENINGGAL JIKA MAKAN

Banyak anak lelaki yang memasuki usia remaja mempunyai pola makan yang tidak normal dan sering kali memilih-milih makanannya. Namun bagi Joshua, menu bukanlah hanya sekadar masalah pilihan, tapi juga hidup dan mati.
Joshua (9) dari New York menderita penyakit jarang ditemui disebut eosinophilic esophagitis, yang bererti bahawa ia mengidap alergi yang teruk terhadap hampir semua makanan. 

Sebut saja pizza, hot dog, mentega kacang, dan cemilan normal boleh membuat budak lelaki ini muntah dan cirit-birit teruk.

                        

Bahkan aroma makanan dapat menjadi sesuatu yang parah bagi dia. Ini bererti bahawa orang tuanya harus memasak makanan untuk seluruh keluarga di luar rumah.
"Hal yang paling sukar bagi saya adalah bahawa dia tidak boleh makan apa yang kita makan." Tutur si ayah, Brant kepada Anderson Cooper.




Satu-satunya yang boleh dimakan Joshua adalah makanan bayi. Selain itu ia mendapat nutrisi dari seorang doktor yang meresepkan susu formula yang dimasukkan melalui tabung ke dalam perutnya.
Akibat alerginya yang parah, Joshua tak boleh ke sekolah dan terpaksa diajar oleh ibunya di rumah.


"Setiap pagi Joshua bangun pukul 06.45 dan biasanya itu kerana ia mendengar bus sekolah," katanya.
"Kadang-kadang ia menangis ketika ia melihat ke luar jendela kerana tidak boleh menaiki di bas sekolah. Ia tidak akan pernah boleh menaiki bas sekolah dengan anak-anak lain seusianya. "Tambah si ibu.

03 Ogos 2012

Kris Dayanti Mengandung Lagi


BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi.
Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki.
“Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai.
“Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya.

Anak Kevin Rudd Kahwini Gadis Melayu Di Gereja?

692327-nicholas-rudd


Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.
Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.
Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya.
Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu.
Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.
Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007.
Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.
Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.
“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.
Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.

27 Julai 2012

Kereta Mewah Audi A5 Cabriolet Milik Tasha Shilla?

Kereta Mewah Audi A5 Cabriolet Milik Tasha Shilla?

Kereta berjenama Audi A5 Cabriolet yang mempunyai sebuah no plat unik, TASH4 dipercayai adalah milik aktres terkenal, Tasha Shilla.
Berdasarkan harga semasa di laman Oto.my, Audi A5 Cabriolet jenis baru ini boleh mencecah harga RM269 000!
Reka bentuk aerodinamik dilengkapi dengan enjin 2.0 TFSI bisa membuatkan pemiliknya kelihatan lebih seksi dan menyakinkan.
Baguslah, usaha dan kerja keras Tasha Shilla dalam bidang lakonan kini sudah nampak hasilnya.
Tak salah rasanya untuk pelakon yang baru sahaja merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular memiliki kereta sehebat ini.
Kalau kami pun, mesti mengidam nak bawa juga!
Sebelum ini, Tasha Shilla mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang suka bertukar-tukar kereta. Daripada Proton Satria, Perodua Kembara, sehingga ke kereta jenis Mitsubishi Pajero.

Wanita Lakukan Penipuan Dalam Ebay Ditangkap

Penipuan Dalam Ebay


Florida – Seorang wanita berjaya mendapat keuntungan bulanan sebanyak $30,000 dengan menukar kod tanda harga mainan kanak-kanak pada harga lebih murah sebelum menjualnya semula dalam eBay.
Wanita itu, Barbara Aqueveque telah mendapat keuntungan besar dengan melakukan penipuan tersebut sejak 18 bulan lalu.
Modus operandinya ialah mengunjungi pasaraya dan kemudian menukar kod tanda harga barang mainan kanak-kanak yang bernilai lebih $100 kepada barang lain yang lebih murah pada nilai $6.99.
Dengan berbuat demikian, dia dapat membeli beratus-ratus mainan termasuk barang mainan yang mahal seperti Star Wars Lego kits dan Queen Anne’s Revenge Lego kits.
Barbara memperuntukkan sebanyak $80 setiap hari untuk membeli mainan tersebut di pasar raya dan berjaya memperolehi untung sebanyak $1,000 dengan menjualnya dalam eBay.
Menurut pegawai penyiasat, Alex Iwaskewycz, wanita itu menggunakan kad kredit yang sama untuk setiap urus niaga.
Penipuan liciknya itu dikesan melalui rakaman CCTV di pasarraya Sawgrass Mills pada bulan April lalu.
Iwaskewycz berkata, ketika serbuan dilakukan di rumah wanita terbabit, pihak polis menemui berpuluh-puluh beg mengandungi barang mainan.
“Dia dikuasai sifat tamak, dan akhirnya tumpas juga,’’ katanya.
Wanita itu telah didakwa dengan tuduhan menipu dan menjual barangan curi namun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $9,500.
Persoalan kini, apa yang akan terjadi dengan wangnya sebanyak $36,000 yang disimpan di dalam bank ketika dia ditangkap.

Kes Buli: Dapat P’bedahan Betulkan Wajah

Budak Dibuli, Dapat Pembedahan Betulkan Wajah


Nadia Isle dibuli sepanjang hidupnya disebabkan keadaan rupa parasnya.
Tulang hidungnya bengkok manakala cuping telinganya yang seolah-olah melekat di kepala.
Keadaan ini menyebabkan Nadia tidak keluar bergaul dengan masyarakat dan menjadi pendiam.
Dia dibuli sejak dibangku sekolah, dan susulan itu, dia sering merayu kepada ibunya untuk menjalani pembedahan plastik.
Akhirnya selepas ibu Nadia menghubungi Yayasan Baby Face dan anak perempuannya itu terbang ke New York di Georgia.
Dengan sumbangan yayasan itu, akhirnya hasrat Nadia berjaya dimakbulkan untuk menjalani pembedahan bernilai $40,000..
Dia dibedah oleh Dr. Romo di Institut Mata, Telinga dan Tekak Manhattan di Hospital Lenox Hill Hospital.
Pembedahan itu membetulkan bahagian belakang telinganya dan membaiki semula tulang rahangnya.
Ia berjaya membetulkan dan mengimbangkan semula muka Nadia.
Kini dengan wajah baru, Nadia ternyata menyukainya.
Ketika di New York, Yayasan Baby Face turut menyediakan kaunseling kepada Nadia, bagi membantunya berdepan dengan rakan-rakannya yang selama ini membulinya.
Dalam pada itu, yayasan berkenaan memaklumkan, matlamat kewujudkannya ialah memastikan kanak-kanak yang berdepan dengan situasi seperti Nadia, akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

02 Julai 2012

Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal



Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.
Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.

17 Jun 2012

Budak Ini Boleh Mengunyah Apa Saja



Seorang budak yang dikenali sebagai Zach Tahir mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka mengunyah apa sahaja benda yang berada di sekitarnya. Dia masih lagi tidak boleh membezakan makanan dengan objek.
Seorang budak kecil mempunyai satu tabiat yang pelik. Budak yang tinggal di London ini dikenali sebagai Zach Tahir. Dia tidak pernah berhenti mengunyah di bilik tidurnya kerana dia makan apa saja, dari kelengkapan bilik tidur hingga ke bidai yang menutup tingkap biliknya. Kanak-kanak autistik berusia lima tahun itu tidak boleh bercakap dan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh membezakan makanan dengan objek yang tidak boleh dimakan.
Keperluannya untuk mengunyah bermakna dia cuba makan hampir apa saja, dari kasut sekolah hingga ke plaster dinding. Ibunya, Rachel, 32, berkata, Zach makan sebahagian besar bidainya hingga dia terpaksa membeli yang baru bagi menutup tingkap kediaman mereka di Salford, di Manchester.
Rachel yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun, Isabella, berkata, Zach menghidap kecelaruan selera makanan yang menyebabkan dia akan makan apa saja.
“Dia biasanya tidur empat jam setiap malam. Masa yang lain digunakan untuk membuat bunyi dan melompat di atas katil sertamakan apa saja yang boleh dicapai di dalam biliknya.
Dalam wawancara dengan akhbar Manchester Evening News: Rachel berkata: “Zach juga gemar memanjat tingkap dan memakan bidai. Dia suka jika dapat mengunyah sesuatu sepanjang masa, biasanya kain basah.”
Benda lain yang suka dikunyahnya termasuk, kertas, pakaian, plaster, benang, lumpur, lumut, batu dan rambut.

Wanita Hamil Anak Ke-20



Seorang ibu dari Arkansas, Michelle Duggar dengan bangga mengumumkan kepada dunia semalam bahawa beliau kini hamil anaknya yang ke-20.

Duggar, 45, dan suaminya, Jim Bob, 46, yang mempunyai banyak pengalaman menyambut kedatangan bayi baru itu memberitahu televisyen NBC bahawa mereka sendiri terkejut dengan kehamilan terbaru berkenaan.

“Saya tidak terfikir bahawa tuhan akan memberikan kami seorang lagi anak, dan kami amat bersyukur,” kata Duggar, bintang sebuah rancangan realiti melalui TLC, ‘19 kids and counting.’

Keluarga terbabit tinggal di Little Rock dan juga mengendalikan halaman web sendiri, yang turut menjual buku yang ditulis ibu bapa dan DVD selain turut memberikan nasihat kepada ibu bapa.

Pasangan itu kini mempunyai 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan berusia antara 23 bulan dan 23 tahun. Anak mereka yang ke-19 dilahirkan pra matang pada Disember 2009 dan Duggar mengalami komplikasi.

Duggar berkata, walaupun berhadapan dengan risiko tetapi beliau tidak bimbangkan kesihatannya.

“Saya sekarang mempunyai ukuran badan yang menarik berbanding sepanjang tempoh 20 tahun lalu,” katanya.

Ketika meraikan kegembiraan itu, Bob mempunyai pandangan sendiri mengenai keadaan itu : “Kami tidak mahu berhenti dengan nombor ganjil.”

Sambil mengakui tidak menggunakan pil perancang keluarga, Duggar sendiri membayangkan ‘keletihan’ mempunyai anak ramai apabila menekankan tidak memikirkan untuk untuk menambah anak lagi. – 

Lelaki ini makan Kucing



Seorang lelaki tidak berumah ditangkap selepas didakwa membunuh seekor kucing dan memakannya di sebuah gudang. Pemilik bangunan itu menelefon polis selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam gudang itu.


Polis yang memasuki gudang berkenaan menemui Russell Christopher Hofstad (gambar) di dalam dengan mukanya bercat and ekor serta sebahagian tali perut haiwan itu tergantung pada lehernya.

Polis menemui bahagian lain kuncing itu di tengah gudang. Hosstad memberitahu polis, dia mahu menggunakan tulang kucing itu sebagai barang hiasan.

Kisah Sedih Di Sebuah Mahkamah


Kisah Sebenar Institusi Kehakiman Indonesia

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

13 Jun 2012

Sudah 10 tahun wanita ini tak duduk


Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah kesenangan kecil yang kita anggap biasa ini bagaikan anugerah impian yang tak boleh lagi dimiliki wanita ini.
Penderitaan ibu beranak satu ini bermula sejak Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi total. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar hebat pada pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.
Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk menghindari rasa sakit tersebut. Sejak ‘penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14.
“Yang saya inginkan adalah boleh pergi menonton filem bersama anak saya. Tetapi saya tidak dapat berdiri di panggung wayang,” ujarnya, seperti dikutip dari laman The Sun.
Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha memperoleh pengubatan untuk meredakan rasa sakit namun tak banyak membantu. “Saya keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya dapat berbaring.”
Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha memperolehi pengubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.

Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi


Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Maria tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu.
Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kash sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.
Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.

Wanita simpan mayat bayi dalam peti dingin beku 5 tahun


MOSCOW: Seorang wanita Russia didapati bersalah membunuh anaknya yang baru lahir dan menyimpan mayat bayi terbabit dalam peti dingin beku selama lima tahun.
Mahkamah di Arkhangelsk di utara negara itu mengesahkan Lyudmila Smirnova, 37, melahirkan anak perempuan di kediamannya pada Januari 2007 dan menekap bayi itu dengan kain hingga mati.
Dia kemudian meletakkan mayat bayi berkenaan dalam peti dingin beku hingga 29 Disember tahun lalu sebelum dikeluarkan teman lelakinya yang menyangka ia daging lembu.

Pelik! Ada Sepotong Kaki Dalam Otak Bayi Ini!


Pada tahun 2009, dunia perubatan telah dikejutkan dengan satu peristiwa pelik yang mana seorang doktor telah dapat mengesan satu objek berupa sepotong kaki berada dalam otak seorang bayi.
Sukar percaya mengenai kisah pelik ini yang mana ia berlaku sekitar tahun 2009 yang lalu. Dunia perubaan telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang sangat pelik. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut. Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.
Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. “Seperti melahirkan bayi tapi dari otak,” kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.mProsedur perubatan itu, bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil rakaman otak dengan MRI, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat saja.
“Penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana,” doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja ‘kaki’ di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.
Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak.

27 April 2012

Haiwan paling pelik

Haiwan-haiwan ni semua memang pelik! Dah nama kuasa Tuhan, ya tak?Korang mesti nak tahu apa dia haiwan pelik yang saya asyik sebutkan tu, penat mengomel jomlah tengok sambil tu kita belajar! Jom!

 Leafy Seadragon

Dinamakan sempena nama hujungnya Dragon dari Mitologi China, Leafy Seadragon ni @ nama santifiknya ( Phycodurus eques). Menyerupai rumput laut @ dalam bahasa englishnya Seaweed kerana melayang dan mengembang seperti rumput laut di dalam air laut. Leafy Seadragon ni mempunyai warna hijau, oren dan emas di seluruh tubuhnya seperti yang korang tengok dekat atas ni. Sambung lagi, badan Leafy Seadragon ni dilengkapi dengan sirip seakan-akan daun yang begitu halus. Sirip kecilnya boleh dilihat bergerak dan berputar mengikut keadaannya.

Tabiatnya juga seperti kuda laut, Seadragon jantan membawa sebanyak 150-200 telur. Direkodkan, Seadragon betina akan menyimpan telurnya di kawasan berbentuk sarang lebah (dikenali sebagai petak induk). Di dalam sarang itu, telur itu akan dijaga oleh Seadragon jantan, di bawah ekornya untuk sekitar lapan minggu. Seadragon tidak mempunyai gigi atau perut, jadi Seadragon ni akan makan mengunakan mysidopsisnya dan makan Seadragon adalah udang.

Di Australia, Seadragon ini dikenali sebagai 'kuda laut Australia' kerana mereka menjumpainya di dalam air  laut yang sejuk sekitar 50-54 ° F (10-12 ° C). Leafy Seadragon ni telah dilindungi oleh kerajaan Australia Selatan sejak 1982.

Anjing Komondor


Anjing Komondor betina mempunyai 27 inci (69cm) tinggi pada paras pinggulnya, manakala Komondor jantan minimum ketinggiannya adalah 28 inci. Tetapi kabanyakannya tinggi lebih dari 30 inci, ini menyebabkan anjing tersebut lebih terkenal berbanding anjing yang lain. Tubuh anjing ni tidaklah terlalu berat, tetapi kepada orang yang tidak mengenali anjing ni mereka akan terpegun dengan kelincahan dan ketangkasan anjing Komondor ni.

Bulunya panjang, tebal dan lurus seperti tali berwarna putih seakan-akan mop seperti gambar di atas, memberikan keistimewaan anjing jenis ini kerana mempunyai bulu paling berat berbanding anjing-anjing yang lain. Anak anjing jenis ini pula mempunyai bulu yang sangat lembut dan halus.Walau bagaimanapun, bulu anak anjing jenis ini berombak dan bergulung seperti anak anjing yang sudah dewasa.Seekor anjing dewasa mempunyai bulu yang dibentuk semulajadi dengan lapisan lembut di bawah dan kasar di luar untuk membentuk gulunggan yang menyerupai tali. Beberapa bantuan yang diperlukan untuk memisahkan bulu anjing tersebut yang bergulung sehingga bulunya tidak kelihatan kusut.

Anjing Komondor ini sejak azalinya lagi memang dilahirkan berbulu putih berbanding anjing berjenis Puli yang juga serupa dengan bentuk anjing jenis ini. Anjing jenis Puli biasanya berbulunya berwarna putih, hitam dan juga sedikit kelabu berbeza dengan anjing jenis Komondor ini. Anjing jenis Komondor mungkin boleh berubah warna sekiranya badannya kotor dan kelihatan pudar warnanya apabila anjing ini tidak dibersihkan.

Angora Rabbit

Arnab Angora adalah variasi daripada arnab domestik yang kebiasaannya berbulu lebat dan lembut. Arnab Angora merupakan salah satu jenis arnab domestik tertua berasal di Angkara, Turki, bersama dengan kucing Angora dan Kambing Angora. Arnab jenis ini merupakan haiwan peliharaan paling popular dibela Royalty Prancis pada pertengahan 1700-an dan menyebarkannya ke bahagian lain di Eropah pada akhir abad itu. Arnab jenis ini pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal 1900-an. Arnab ini dibiakkan bertujuan untuk memperoleh bulu mereka yang lebat. Bulu arnab ini boleh di buang menggunakan pemotong rerambut ataupun menarik dengan perlahan pada setiap helaian bulunya yang gugur.

Ada ramai individu yang menternak arnab jenis ini mengikut baka masing-masing. Empat diantaranya diakui oleh ARBA, Antara baka yang dikenali adalah termasuk Prancis, Jerman, Gaint, Inggeris, Satin, Cina, Switzerland, Finland dan beberapa lagi.

Wanita Paling Hensem Di Dunia!


Jangan anda terkejut, gambar lelaki yang amat macho, hensem, bergaya serta boleh mencairkan hati gadis-gadis di bawah ini sebenarnya adalah seorang wanita sejati. Mungkin inilah salah satu tanda bahawa bumi kita sudah hampir sampai ke penghujungnya. Nama lelaki jadian ini adalahBalian Buschbaum, dilahirkan pada tahun 1980 dan merupakan warganegara Jerman. Balian Buschbaum dilahirkan sebagai seorang wanita yang normal, cantik dan anggun tetapi jiwa lelaki didalam badannya terlalu kuat sehingga beliau sanggup mengambil keputusan berani mati iaitu membuang payudaranya, menyuntik hormon lelaki serta menambah buah halkum demi menjadi seorang lelaki sejati.  Ketika dirinya masih seorang wanita, beliau aktif didalam bidang sukan olimpik seperti lompat tinggi, renang dan sebagainya. Setelah menjadi ‘lelaki’, beliau tidak lagi aktif menyertai sukan seperti dahulu (mungkin beliau malu kerana dirinya ‘maskulin’ tetapi kena ambil bahagian sukan kategori wanita hehe). Walaubagaimana beliau macho dan gentleman sekalipun, beliau tetap tidak mempunyai ‘senjata tulen lelaki’ dan tetap boleh mengandung jika dirogol. Kepada lelaki GAY diluar sana, Balian Buschbaum mungkin boleh menjadi pasangan halal buat anda, anda boleh berkahwin dengan beliau dan turut juga melahirkan zuriat sehingga ke anak cucu. (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas).












5 Handphone Paling Mahal Di Dunia 2012

Setiap hari pasti ada saje handphone baru dikeluarkan dari pelbagai syarikat sama ada Nokia, Samsung dan sebagainya.

Berikut merupakan 5 Handphone Paling Mahal Di Dunia 2012.

5. VIPN BLACK DIAMOND SMARTPHONE: $300,000



4. VERTU SIGNATURE COBRA: $310,000
Vertu Signature Cobra

3. DIAMOND CRYPTO SMARTPHONE: $1.3 MILLION
Diamond Crypto Smartphone

2. GOLDVISH LE MILLION: $1.3 MILLION
GoldVish Le Million

1. GOLDSTRIKER IPHONE 3GS SUPREME: $3.2 MILLION
Goldstriker iPhone 3GS Supreme