Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

27 Julai 2012

Wanita Lakukan Penipuan Dalam Ebay Ditangkap

Penipuan Dalam Ebay


Florida – Seorang wanita berjaya mendapat keuntungan bulanan sebanyak $30,000 dengan menukar kod tanda harga mainan kanak-kanak pada harga lebih murah sebelum menjualnya semula dalam eBay.
Wanita itu, Barbara Aqueveque telah mendapat keuntungan besar dengan melakukan penipuan tersebut sejak 18 bulan lalu.
Modus operandinya ialah mengunjungi pasaraya dan kemudian menukar kod tanda harga barang mainan kanak-kanak yang bernilai lebih $100 kepada barang lain yang lebih murah pada nilai $6.99.
Dengan berbuat demikian, dia dapat membeli beratus-ratus mainan termasuk barang mainan yang mahal seperti Star Wars Lego kits dan Queen Anne’s Revenge Lego kits.
Barbara memperuntukkan sebanyak $80 setiap hari untuk membeli mainan tersebut di pasar raya dan berjaya memperolehi untung sebanyak $1,000 dengan menjualnya dalam eBay.
Menurut pegawai penyiasat, Alex Iwaskewycz, wanita itu menggunakan kad kredit yang sama untuk setiap urus niaga.
Penipuan liciknya itu dikesan melalui rakaman CCTV di pasarraya Sawgrass Mills pada bulan April lalu.
Iwaskewycz berkata, ketika serbuan dilakukan di rumah wanita terbabit, pihak polis menemui berpuluh-puluh beg mengandungi barang mainan.
“Dia dikuasai sifat tamak, dan akhirnya tumpas juga,’’ katanya.
Wanita itu telah didakwa dengan tuduhan menipu dan menjual barangan curi namun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $9,500.
Persoalan kini, apa yang akan terjadi dengan wangnya sebanyak $36,000 yang disimpan di dalam bank ketika dia ditangkap.

Tiada ulasan: