Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

23 Disember 2011

Mengapa Berjanji Guna Jari Kelingking?~sebuah cerita cinta..

princes 2 Mengapa Berjanji Guna Jari Kelingking?~sebuah cerita cinta..


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang sangat cantik dan ayu. Kulitnya gebu putih berseri,tubuhnya montok bak biola, bibirnya semekar bunga delima, rambutnya hitam berkilat bak sutera, senyumnya indah menawan sukma ..cheewaahhhh..  Banyak putera raja yang terpikat dan ingin melamarnya namun dia tidak serta merta menerima mereka. Puteri itu membuat pelbagai ujian untuk putera-putera tersebut,, sehingga pada akhirnya tinggallah 5 orang putera yang gagah perkasa dan hensem menawan jiwa… Mereka berkumpul untuk ujian terakhir. Sang Puteri menyembunyikan satu jari di belakang tubuhnya. Dan para putera itu dikehendaki untuk meneka jari apa yang disembunyikan oleh sang puteri yang cantik jelita itu dan jawapan yang betul akan menjadi suami  kepada puteri tersebut.


Putera-putera tersebut pun meneka satu demi satu sehinggalah giliran putera yang keempat. Namun tiada seorang pun yang memberi jawapan yang betul kepada sang puteri. Apabila tiba giliran putera yang kelima, putera tersebut memberi jawapan yang betul iaitu dengan menunjukkan jari kelingkingnya pula kepada sang puteri. Puteri pun tersenyum seraya  menunjukkan jari kelingkingnya pula. Akhirnya pasangan merpati dua sejoli itu pun berkahwin dan membina hidup baru bersama-sama.
p3 Mengapa Berjanji Guna Jari Kelingking?~sebuah cerita cinta..

Tiada ulasan: