Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

27 April 2012

Haiwan paling pelik

Haiwan-haiwan ni semua memang pelik! Dah nama kuasa Tuhan, ya tak?Korang mesti nak tahu apa dia haiwan pelik yang saya asyik sebutkan tu, penat mengomel jomlah tengok sambil tu kita belajar! Jom!

 Leafy Seadragon

Dinamakan sempena nama hujungnya Dragon dari Mitologi China, Leafy Seadragon ni @ nama santifiknya ( Phycodurus eques). Menyerupai rumput laut @ dalam bahasa englishnya Seaweed kerana melayang dan mengembang seperti rumput laut di dalam air laut. Leafy Seadragon ni mempunyai warna hijau, oren dan emas di seluruh tubuhnya seperti yang korang tengok dekat atas ni. Sambung lagi, badan Leafy Seadragon ni dilengkapi dengan sirip seakan-akan daun yang begitu halus. Sirip kecilnya boleh dilihat bergerak dan berputar mengikut keadaannya.

Tabiatnya juga seperti kuda laut, Seadragon jantan membawa sebanyak 150-200 telur. Direkodkan, Seadragon betina akan menyimpan telurnya di kawasan berbentuk sarang lebah (dikenali sebagai petak induk). Di dalam sarang itu, telur itu akan dijaga oleh Seadragon jantan, di bawah ekornya untuk sekitar lapan minggu. Seadragon tidak mempunyai gigi atau perut, jadi Seadragon ni akan makan mengunakan mysidopsisnya dan makan Seadragon adalah udang.

Di Australia, Seadragon ini dikenali sebagai 'kuda laut Australia' kerana mereka menjumpainya di dalam air  laut yang sejuk sekitar 50-54 ° F (10-12 ° C). Leafy Seadragon ni telah dilindungi oleh kerajaan Australia Selatan sejak 1982.

Anjing Komondor


Anjing Komondor betina mempunyai 27 inci (69cm) tinggi pada paras pinggulnya, manakala Komondor jantan minimum ketinggiannya adalah 28 inci. Tetapi kabanyakannya tinggi lebih dari 30 inci, ini menyebabkan anjing tersebut lebih terkenal berbanding anjing yang lain. Tubuh anjing ni tidaklah terlalu berat, tetapi kepada orang yang tidak mengenali anjing ni mereka akan terpegun dengan kelincahan dan ketangkasan anjing Komondor ni.

Bulunya panjang, tebal dan lurus seperti tali berwarna putih seakan-akan mop seperti gambar di atas, memberikan keistimewaan anjing jenis ini kerana mempunyai bulu paling berat berbanding anjing-anjing yang lain. Anak anjing jenis ini pula mempunyai bulu yang sangat lembut dan halus.Walau bagaimanapun, bulu anak anjing jenis ini berombak dan bergulung seperti anak anjing yang sudah dewasa.Seekor anjing dewasa mempunyai bulu yang dibentuk semulajadi dengan lapisan lembut di bawah dan kasar di luar untuk membentuk gulunggan yang menyerupai tali. Beberapa bantuan yang diperlukan untuk memisahkan bulu anjing tersebut yang bergulung sehingga bulunya tidak kelihatan kusut.

Anjing Komondor ini sejak azalinya lagi memang dilahirkan berbulu putih berbanding anjing berjenis Puli yang juga serupa dengan bentuk anjing jenis ini. Anjing jenis Puli biasanya berbulunya berwarna putih, hitam dan juga sedikit kelabu berbeza dengan anjing jenis Komondor ini. Anjing jenis Komondor mungkin boleh berubah warna sekiranya badannya kotor dan kelihatan pudar warnanya apabila anjing ini tidak dibersihkan.

Angora Rabbit

Arnab Angora adalah variasi daripada arnab domestik yang kebiasaannya berbulu lebat dan lembut. Arnab Angora merupakan salah satu jenis arnab domestik tertua berasal di Angkara, Turki, bersama dengan kucing Angora dan Kambing Angora. Arnab jenis ini merupakan haiwan peliharaan paling popular dibela Royalty Prancis pada pertengahan 1700-an dan menyebarkannya ke bahagian lain di Eropah pada akhir abad itu. Arnab jenis ini pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal 1900-an. Arnab ini dibiakkan bertujuan untuk memperoleh bulu mereka yang lebat. Bulu arnab ini boleh di buang menggunakan pemotong rerambut ataupun menarik dengan perlahan pada setiap helaian bulunya yang gugur.

Ada ramai individu yang menternak arnab jenis ini mengikut baka masing-masing. Empat diantaranya diakui oleh ARBA, Antara baka yang dikenali adalah termasuk Prancis, Jerman, Gaint, Inggeris, Satin, Cina, Switzerland, Finland dan beberapa lagi.

Tiada ulasan: