Semasa berlaku tikam lidah di media sosial antara Chef Wan dan Adlin Aman Ramli berkisar kepada kritikan Chef Wan dalam program Maharaja Lawak tidak lama dahulu, ramai yang bersikap negatif terhadap Adlin.
Ramai yang mengkritik artis berkenaan sebagai poyo dan perasan bagus.
Kalau sekali imbas memang Adlim nampak macam tu. Namun hati budi orang kekadang kita tak boleh nak nilai dari segi perwatakan luaran semata-mata.
Kalau tanya Bob Kuman mesti lain jawapannya berhubung artis berkenaan.
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang,” katanya.
Itulah antara luahan hati Bob Kuman yang kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sebenarnya, bukan kisah Adlin sangat yang penulis nak ketengahkan.
Lebih kepada keadaan Bob Kuman tu. Adlin hanya daya penarik sampingan aje.
Simpati pulak dengan keadaan Bob.
Mazidul Akmal Sidik beritahu dalam blognya, Bob Kuman cuma ada RM36 dalam akaum simpanannya tapi pada yang sama perlu menjelaskan bil hospital yang dia hutang sebahagian lagi sejak 2011.
“Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja.
“Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati.
Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.
Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi juga telah tampil memberikan bantuan.
“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob.
“Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.
Itu peranan mereka.
Kepada sesiapa yang hendak membantu Bob Kuman, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
By the way, sebelum kena tibai tak tentu hala, penulis hendak bagitahu yang penulis tak kenal Mazidul, Zed Zaidi atau Adlin secara peribadi, namun kalau orang dah buat benda baik apa salahnya kita puji kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan