Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

27 April 2012

Haiwan paling pelik

Haiwan-haiwan ni semua memang pelik! Dah nama kuasa Tuhan, ya tak?Korang mesti nak tahu apa dia haiwan pelik yang saya asyik sebutkan tu, penat mengomel jomlah tengok sambil tu kita belajar! Jom!

 Leafy Seadragon

Dinamakan sempena nama hujungnya Dragon dari Mitologi China, Leafy Seadragon ni @ nama santifiknya ( Phycodurus eques). Menyerupai rumput laut @ dalam bahasa englishnya Seaweed kerana melayang dan mengembang seperti rumput laut di dalam air laut. Leafy Seadragon ni mempunyai warna hijau, oren dan emas di seluruh tubuhnya seperti yang korang tengok dekat atas ni. Sambung lagi, badan Leafy Seadragon ni dilengkapi dengan sirip seakan-akan daun yang begitu halus. Sirip kecilnya boleh dilihat bergerak dan berputar mengikut keadaannya.

Tabiatnya juga seperti kuda laut, Seadragon jantan membawa sebanyak 150-200 telur. Direkodkan, Seadragon betina akan menyimpan telurnya di kawasan berbentuk sarang lebah (dikenali sebagai petak induk). Di dalam sarang itu, telur itu akan dijaga oleh Seadragon jantan, di bawah ekornya untuk sekitar lapan minggu. Seadragon tidak mempunyai gigi atau perut, jadi Seadragon ni akan makan mengunakan mysidopsisnya dan makan Seadragon adalah udang.

Di Australia, Seadragon ini dikenali sebagai 'kuda laut Australia' kerana mereka menjumpainya di dalam air  laut yang sejuk sekitar 50-54 ° F (10-12 ° C). Leafy Seadragon ni telah dilindungi oleh kerajaan Australia Selatan sejak 1982.

Anjing Komondor


Anjing Komondor betina mempunyai 27 inci (69cm) tinggi pada paras pinggulnya, manakala Komondor jantan minimum ketinggiannya adalah 28 inci. Tetapi kabanyakannya tinggi lebih dari 30 inci, ini menyebabkan anjing tersebut lebih terkenal berbanding anjing yang lain. Tubuh anjing ni tidaklah terlalu berat, tetapi kepada orang yang tidak mengenali anjing ni mereka akan terpegun dengan kelincahan dan ketangkasan anjing Komondor ni.

Bulunya panjang, tebal dan lurus seperti tali berwarna putih seakan-akan mop seperti gambar di atas, memberikan keistimewaan anjing jenis ini kerana mempunyai bulu paling berat berbanding anjing-anjing yang lain. Anak anjing jenis ini pula mempunyai bulu yang sangat lembut dan halus.Walau bagaimanapun, bulu anak anjing jenis ini berombak dan bergulung seperti anak anjing yang sudah dewasa.Seekor anjing dewasa mempunyai bulu yang dibentuk semulajadi dengan lapisan lembut di bawah dan kasar di luar untuk membentuk gulunggan yang menyerupai tali. Beberapa bantuan yang diperlukan untuk memisahkan bulu anjing tersebut yang bergulung sehingga bulunya tidak kelihatan kusut.

Anjing Komondor ini sejak azalinya lagi memang dilahirkan berbulu putih berbanding anjing berjenis Puli yang juga serupa dengan bentuk anjing jenis ini. Anjing jenis Puli biasanya berbulunya berwarna putih, hitam dan juga sedikit kelabu berbeza dengan anjing jenis Komondor ini. Anjing jenis Komondor mungkin boleh berubah warna sekiranya badannya kotor dan kelihatan pudar warnanya apabila anjing ini tidak dibersihkan.

Angora Rabbit

Arnab Angora adalah variasi daripada arnab domestik yang kebiasaannya berbulu lebat dan lembut. Arnab Angora merupakan salah satu jenis arnab domestik tertua berasal di Angkara, Turki, bersama dengan kucing Angora dan Kambing Angora. Arnab jenis ini merupakan haiwan peliharaan paling popular dibela Royalty Prancis pada pertengahan 1700-an dan menyebarkannya ke bahagian lain di Eropah pada akhir abad itu. Arnab jenis ini pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal 1900-an. Arnab ini dibiakkan bertujuan untuk memperoleh bulu mereka yang lebat. Bulu arnab ini boleh di buang menggunakan pemotong rerambut ataupun menarik dengan perlahan pada setiap helaian bulunya yang gugur.

Ada ramai individu yang menternak arnab jenis ini mengikut baka masing-masing. Empat diantaranya diakui oleh ARBA, Antara baka yang dikenali adalah termasuk Prancis, Jerman, Gaint, Inggeris, Satin, Cina, Switzerland, Finland dan beberapa lagi.

Wanita Paling Hensem Di Dunia!


Jangan anda terkejut, gambar lelaki yang amat macho, hensem, bergaya serta boleh mencairkan hati gadis-gadis di bawah ini sebenarnya adalah seorang wanita sejati. Mungkin inilah salah satu tanda bahawa bumi kita sudah hampir sampai ke penghujungnya. Nama lelaki jadian ini adalahBalian Buschbaum, dilahirkan pada tahun 1980 dan merupakan warganegara Jerman. Balian Buschbaum dilahirkan sebagai seorang wanita yang normal, cantik dan anggun tetapi jiwa lelaki didalam badannya terlalu kuat sehingga beliau sanggup mengambil keputusan berani mati iaitu membuang payudaranya, menyuntik hormon lelaki serta menambah buah halkum demi menjadi seorang lelaki sejati.  Ketika dirinya masih seorang wanita, beliau aktif didalam bidang sukan olimpik seperti lompat tinggi, renang dan sebagainya. Setelah menjadi ‘lelaki’, beliau tidak lagi aktif menyertai sukan seperti dahulu (mungkin beliau malu kerana dirinya ‘maskulin’ tetapi kena ambil bahagian sukan kategori wanita hehe). Walaubagaimana beliau macho dan gentleman sekalipun, beliau tetap tidak mempunyai ‘senjata tulen lelaki’ dan tetap boleh mengandung jika dirogol. Kepada lelaki GAY diluar sana, Balian Buschbaum mungkin boleh menjadi pasangan halal buat anda, anda boleh berkahwin dengan beliau dan turut juga melahirkan zuriat sehingga ke anak cucu. (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas).












5 Handphone Paling Mahal Di Dunia 2012

Setiap hari pasti ada saje handphone baru dikeluarkan dari pelbagai syarikat sama ada Nokia, Samsung dan sebagainya.

Berikut merupakan 5 Handphone Paling Mahal Di Dunia 2012.

5. VIPN BLACK DIAMOND SMARTPHONE: $300,000



4. VERTU SIGNATURE COBRA: $310,000
Vertu Signature Cobra

3. DIAMOND CRYPTO SMARTPHONE: $1.3 MILLION
Diamond Crypto Smartphone

2. GOLDVISH LE MILLION: $1.3 MILLION
GoldVish Le Million

1. GOLDSTRIKER IPHONE 3GS SUPREME: $3.2 MILLION
Goldstriker iPhone 3GS Supreme

Cleopatra, Legenda Sepanjang Masa


RATU YANG TAK PERNAH KEHILANGAN TAHTA
Kisah tentang Cleopatra tak pernah kehilangan pesona, meskipun ribuan tahun telah lewat semenjak ia hidup di dunia. Misteri tentang dirinya selalu menarik untuk ditelisik, dan kisah-kisah cintanya tak pernah basi untuk diungkap kembali. Saya sudah dua kali menulis tentang Cleo, yaituCleopatra, Ratu Cinta Yang (Tak) Jelita dan  Istana Cleopatra Telah Ditemukan , namun tetap saja tergelitik untuk menulis kembali ketika menemukan kisah baru tentang ratu Mesir yang luar biasa ini.
Wajah Cleopatra diketahui dari koin dan patung yang ditemukan. Sejarahwan Romawi menceritakan bahwa Cleopatra adalah wanita yang buruk rupa, tetapi karena pada masa itu Romawi adalah musuh Cleo, maka penggambaran yang menjelek-jelekkan Cleo mungkin agak hiperbolis. Adapun ukiran-ukiran Mesir memperlihatkan sosok Cleo yang lembut dan bermata indah. Seperti apapun wajah Cleo yang sesungguhnya, ia adalah seorang wanita yang sangat menawan, cerdas luar biasa, dan memiliki kharisma kuat. Cleopatra juga diceritakan menguasai sembilan bahasa.

IMG_1100 IMG_1101 IMG_1102
Sosok Cleopatra dalam patung Romawi (kiri), ukiran Mesir yang menggambarkan wajahnya (tengah) dan patung Cleopatra di Mesir (kanan)
Cleopatra sangat cerdas dan memiliki kepribadian kuat. Ia adalah keturunan Ptolemy yang berdarah Yunani, dan berasal dari Macedonia. Ia berhasil bertahan dalam keluarga, dimana kakak beradik siap saling membunuh untuk meraih kekuasaan. Cleopatra adalah nama Macedonianya, sedangkan nama takhta Mesirnya adalah Netjeret Mer-it-es yang berarti ‘dewi kesayangan ayahnya’.
Cleopatra dinobatkan menjadi ratu pada usia 18 tahun. Ia menikahi adiknya yang baru berusia 12 tahun, yang kemudian menjadi raja. Praktek incest(menikahi saudara kandung) merupakan kebiasaan pada masa itu dalam budaya Mesir, karena sebagai Pharaoh mereka dianggap keturunan dewa, dan hanya sesama dewa yang boleh menikah.
Sewaktu naik takhta, Cleo menerima simbol pharaoh, yaitu tongkat keemasan, cemeti, dan tongkat kerajaan. Ia mengenakan jubah linen dan pakaian kulit resmi. Pita emas yang disebut uraeus melingkar di kepalanya, memperlihatkan ular kobra – ular penjaga bangsa Mesir.

IMG_1103
Ukiran yang menggambarkan penobatan Cleopatra menjadi Ratu Mesir
Untuk mengukuhkan posisinya di mata rakyat Mesir, Cleo menyebut dirinya sebagai putri dewa paling berkuasa, yaitu Dewa Matahari atau Amun Ra. Ia sendiri memiliki dewi pelindung pribadi, yaitu Isis. Orang Mesir melihat Dewi Isis sebagai dewi baik yang mencintai semua makhluk. Para pharaoh menganggapnya ibu sejati mereka. Pada upacara-upacara ritual, Cleopatra seringkali memerankan dirinya sendiri sebagai Dewi Isis, pelindung seluruh rakyat Mesir.

IMG_1104 IMG_1105
Isis, dewi pelindung Cleopatra (kiri) dan kuil untuk para dewa (kanan)
Istana Cleopatra terdapat di Alexandria, sebuah kota pelabuhan yang sibuk di Laut Tengah. Untuk memberi arah pada para pelaut yang akan berlabuh, Ptolemy II (pharaoh pendahulu Cleopatra) membangun mercusuar Pharos pada abad ke 3 SM. Mercusuar ini tingginya lebih dari 100 meter, dikelilingi taman, dan pada puncaknya terdapat patung Dewa Zeus yang berputar di atas api suar yang menyala.
Alexandria adalah kota yang sangat indah. Jalan besar utama, disebut Canopic, membentang dari timur ke barat selebar 30 meter, dengan pohon-pohon palem berderet di kanan kirinya. Di sebelah utara berdiri istana dan Museion, tempat para seniman dan pelajar berkumpul. Di bawahnya terdapat makam Alexander Agung, pendiri kota Alexandria, dan makam semua keluarga Ptolemy.  Di bagian selatan berdiri kuil-kuil yang sangat indah. Alexandria juga memiliki  Perpustakaan Bibliotheca Alexandrina yang sangat besar, dengan lebih dari 100.000 gulungan lontar, salinan hampir seluruh buku di dunia pada masa itu.

IMG_1106
Perpustakaan Alexandria zaman dulu. Kini sudah dibangun menjadi perpustakaan modern dan merupakan salah satu perpustakaan terlengkap di dunia.
Istana Cleopatra menghadap ke pelabuhan Alexandria. Bangunan putih dengan pilar-pilar tinggi yang berderet, dikelilingi taman yang indah dan semerbak wangi. Pada siang hari yang panas, Cleo suka berjalan-jalan di sepanjang jalan setapak yang dinaungi bayangan pohon, dan semilir oleh angin yang berhembus. Ia betah berlama-lama duduk di halaman kuil dengan dikelilingi burung-burung meraknya yang indah, air mancur yang eksotis, dan kolam dengan bunga teratai biru dan putih.
Cleo juga memiliki kebun binatang dengan koleksi hewan-hewan langka seperti singa, macan, leopard, gajah, dan beruang. Koleksi tersebut adalah hadiah dari raja-raja kaya Afrika dan dari kerajaan-kerajaan di Timur. Binatang-binatang tersebut dipelihara di sekeliling taman istana, diberi rantai emas dan didandani dengan permata serta pakaian indah.

IMG_1107
Cleopatra bersantai di taman istana bersama dayang-dayangnya
Seperti wanita modern, Cleo pun suka tampil cantik sepanjang waktu. Ia menggunakan beragam tata rias dan wig (rambut palsu). Kosmetik Cleo terbuat dari tumbuh-tumbuhan dan mineral, seperti bijih tembaga dan bijih timah yang dicampur air. Mireal abu-abu yang disebut Galena digerus untuk menghitamkan mata, sementara oksida besi menjadikan warna kuning kecoklatan pada bibir dan pipi. Untuk parfumnya, Cleo menggunakan minyak kayu cedar atau kayu manis, madu, dan dupa yang beraroma manis. Cleo juga suka menikmati mandi rempah, mandi lumpur dan mandi susu. Dia sering dimassage oleh dayang-dayangnya, kemudian kuku jari tangan dan kakinya dihias dengan pewarna henna.

IMG_1111
Cleopatra merawat kecantikannya dengan dibantu para dayang-dayang
Pada masa itu, kekaisaran Romawi sangat berambisi untuk menguasai Mesir, negeri yang kaya dan subur. Cleopatra, sang ratu Mesir, berupaya dengan segala cara untuk melindungi Mesir dari penguasaan Romawi. Karena tahu tentara Mesir tidak akan mampu melawan tentara Romawi, maka Cleo mendekati jenderal pemimpin Romawi, Julius Caesar. Caesar terpikat dan jatuh cinta setengah mati kepada Cleo. Ia menikahi Cleo, meskipun sesungguhnya ia sudah punya isteri di Romawi bernama Calpurnia.  Karena cinta dan kekagumannya kepada Cleo, Caesar membiarkan Cleo tetap menjadi ratu di negerinya sendiri.
Setelah terbunuhnya Caesar oleh Senat Romawi, Cleo merasa harus mencari pelindung lain agar ia bisa tetap menjadi ratu di Mesir. Pilihannya jatuh pada Mark Antony, teman dan letnan Julius Caesar. Antony adalah kapten pasukan kavaleri. Dialah yang mengontrol seluruh wilayah Mediterania.
Ketika tahu Antony akan datang menemuinya, Cleo mempersiapkan penyambutan yang istimewa, yang tidak akan pernah dilupakan oleh Antony. Kapal kerajaan dilapisi emas, sehingga akan berkilauan bila terkena sinar matahari. Layar berwarna ungu terbuat dari sutera dan telah direndam dalam wangi-wangian sehingga angin menghembuskan aroma wangi sepanjang aliran sungai. Dayung berkilau perak menggerakkan kapal, sementara para pendayung bergerak seirama suara flute.
Cleo sendiri duduk di atas takhta dengan penutup tirai berkibar-kibar bagaikan awan emas. Beberapa anak lelaki yang berdandan bagai Cupid,Sang Dewa Asmara, mengipasinya dengan bulu-bulu burung merak. Dayang-dayang duduk di sekitarnya, berperan sebagai peri yang disebut Grace dan Neried, menaburkan kelopak mawar dan siap menawarkan kembang gula di jemari mereka yang lentik.

IMG_1113
Cleopatra dalam kapal mewahnya menyambut kedatangan Mark Antony
Sebagaimana Julius Caesar, Mark Antony pun bertekuk lutut di hadapan Cleopatra. Ia menjadi kekasih Ratu Mesir itu, dan lebih suka tinggal di istana Cleo daripada mengurusi pasukannya dan berperang menaklukkan jajahan baru. Pewaris Caesar, Octavianus, sangat marah, dan bersama tentara Romawi berniat menyerang Cleopatra dan Antony di Mesir. Antony kalah dalam peperangan di Actium, dan akhirnya memutuskan untuk bunuh diri.
Setelah kematian Antony, Cleo merasa tidak akan mampu mempertahankan Mesir dari gempuran Octavianus. Ia tidak sanggup melihat negeri yang dicintainya bakal dihancurkan Romawi. Ia juga tidak sudi dijadikan tawanan oleh Octavianus dan diarak dalam kehinaan di hadapan rakyatnya sendiri. Maka ketika pasukan Romawi tiba di Mesir, Cleo mengakhiri hidupnya dengan membiarkan ular Asp yang sangat beracun menggigit tubuhnya.

IMG_1114
Cleopatra mempersiapkan kematiannya dengan anggun dan penuh martabat
Cleopatra meninggal dengan mahkota masih berada di atas kepalanya. Ia tak pernah kehilangan takhtanya. Ia lebih suka mati daripada jatuh ke tangan lelaki yang akan menghina dan merenggut keratuan dari dirinya.
Cleopatra, wanita yang berani, cerdas, dan keras hati. Patutlah jika legenda tentang dirinya tak lekang sepanjang masa.

16 April 2012

Adlin Aman Ramli, Zed Zaidi Okay Jugak Orangnya

Semasa berlaku tikam lidah di media sosial antara Chef Wan dan Adlin Aman Ramli berkisar kepada kritikan Chef Wan dalam program Maharaja Lawak tidak lama dahulu, ramai yang bersikap negatif terhadap Adlin.
Ramai yang mengkritik artis berkenaan sebagai poyo dan perasan bagus.
Kalau sekali imbas memang Adlim nampak macam tu. Namun hati budi orang kekadang kita tak boleh nak nilai dari segi perwatakan luaran semata-mata.
Kalau tanya Bob Kuman mesti lain jawapannya berhubung artis berkenaan.
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang,” katanya.
Itulah antara luahan hati Bob Kuman yang kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sebenarnya, bukan kisah Adlin sangat yang penulis nak ketengahkan.
Lebih kepada keadaan Bob Kuman tu. Adlin hanya daya penarik sampingan aje.
Simpati pulak dengan keadaan Bob.
Mazidul Akmal Sidik beritahu dalam blognya, Bob Kuman cuma ada RM36 dalam akaum simpanannya tapi pada yang sama perlu menjelaskan bil hospital yang dia hutang sebahagian lagi sejak 2011.
“Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja.
“Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati.
Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.
Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi juga telah tampil memberikan bantuan.
“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob.
“Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.
Itu peranan mereka.
Kepada sesiapa yang hendak membantu Bob Kuman, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
By the way, sebelum kena tibai tak tentu hala, penulis hendak bagitahu yang penulis tak kenal Mazidul, Zed Zaidi atau Adlin secara peribadi, namun kalau orang dah buat benda baik apa salahnya kita puji kan.