Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

02 Ogos 2011

Segitiga Bermuda





















Meliputi wilayah yang luasnya jutaan kilometer persegi. Disebut segitiga kerana lokasinya yang berada di antara tiga wilayah, iaitu Kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Mexico, dan Pantai Florida, AS.

Misteri Segitiga Bermuda dipicu peristiwa hilangnya skuadron yang terdiri dari lima pembom torpedo Angkatan Laut AS pada 5 Disember 1945. Jasad 14 kru Penerbangan 19 hingga saat ini tidak ditemui. Setidaknya ada 50 kapal dan pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah itu. Namun, Segitiga Bermuda kehilangan reputasi mistiknya, juga daya tariknya pertengahan tahun 1980-an.

Sejumlah teori berusaha menjelaskan fenomena aneh di Segitiga Bermuda - dari pseudosains, paranormal, sampai UFO. Namun, yang paling meyakinkan dikemukakan oleh Joseph Monaghan dari Monash University. Pada 2003, ilmuwan tersebut menulis artikel dalam American Journal of Physics. Judulnya, 'Bolehkah Gelembung Metana Menenggelamkan Kapal?'

Menurut Monaghan, gelembung besar boleh terbentuk dari deposit metana padat, yang dikenali dengan gas hidrat. Untuk diketahui gas metana boleh memadat di bawah tekanan besar di dalam laut. Deposit metana yang mirip ais boleh pecah, berubah jadi gas, dan menciptakan gelembung di permukaan air. Konsentrasi gas yang lepas boleh menyebabkan kerosakan alat elektronik pada pesawat juga kapal. Tak hanya itu, kapal boleh tenggelam di lokasi tersebut kerana pengurangan kepadatan (densiti) air secara mendadak.

Fenomena lain di Segitiga Bermuda disebut Flying Dutchman - lenyapnya kru kapal secara misteri. Teori ilmiah ditawarkan untuk menjelaskan dari hilangnya para pelaut itu. Yakni infrasonik. Beberapa saintis yakin, infrasonik itu menimbulkan gelembung gas metana ketika naik ke permukaan.

Getaran infrasonik memicu resonansi berbahaya di jantung dan pembuluh darah. Ketika itu, manusia yang terkena boleh diserang panik. Ini mungkin yang membuat para pelaut panik dan melompat ke luar kapal - untuk melepaskan diri dari perasaan aneh yang menimpanya.

Bagaimanapun, tak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa pada pertengahan tahun 1980-an, Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat. Mungkin kerana kemajuan teknologi pesawat dan kapal.

Tiada ulasan: