Jika ada membaca tajuk post ini dan menganggap wanita tersebut dibunuh oleh tentera peceroboh di Iraq dan ditembak, TERNYATA ANDA SILAP.
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan kisah pembunuhan kejam seorang wanita oleh beberapa orang lelaki yang tidak diketahui identitinya. Pembunuhan yang dinamakan "honour killing" iaitu pembunuhan untuk menebus maruah.
Pembunuhan tersebut hanya diketahui masyarakat dunia setelah video tersebut di'upload' ke laman youtube dan kini terdapat beberapa lagi web lain yang boleh download video tersebut. Walau bagaimanapun, pembunuhan yang sebenar telah berlaku sebulan sebelum video tersebut didapati di laman maya.
Mengungkap kisah sebenar disebalik pembunuhan sadis tersebut, wanita tersebut dikenalpasti sebagai Du’a Khalil Aswad. Mangsa adalah merupakan seorang penduduk Iraq dari puak minoritiKurdish yang berfahaman Yezidi . Ketika kematiannya, mangsa baru berusia 17 tahun.
kisah yang mencetus kepada pembunuhannya adalah kerana mangsa bercinta dengan seorang lelaki dari fahaman Sunni. Dimana percintaan antara puak dan fahaman yang berbeza amatlah ditegah dan tidak dapat diterima ahli puak masing-masing, sama seperti di india dan pakistan.
Video pembunuhan mangsa menunjukkan dimana mangsa dibelasah teruk oleh lelaki-lekaki di sekeliling tanpa belas kasihan. di dalam video tersebut juga dapat dilihat mangsa menekup muka ketika dibelasah dan kesan lebam yang terdapat pada mangsa. Apakan daya mangsa untuk melawan semua itu. setelah badan mangsa lumat dibelasah, seorang lelaki mengangkat seketul batu dan menghempapkan ke kepala mangsa. seterusnya menjadi saat terakhir hidupya di dunia ini. darah yang mengalir dapat dilihat sejurus selepas batu tersebut menghempap kepalanya.
Melati Putih Recent Post
25 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan