Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

27 Julai 2012

Wanita Lakukan Penipuan Dalam Ebay Ditangkap

Penipuan Dalam Ebay


Florida – Seorang wanita berjaya mendapat keuntungan bulanan sebanyak $30,000 dengan menukar kod tanda harga mainan kanak-kanak pada harga lebih murah sebelum menjualnya semula dalam eBay.
Wanita itu, Barbara Aqueveque telah mendapat keuntungan besar dengan melakukan penipuan tersebut sejak 18 bulan lalu.
Modus operandinya ialah mengunjungi pasaraya dan kemudian menukar kod tanda harga barang mainan kanak-kanak yang bernilai lebih $100 kepada barang lain yang lebih murah pada nilai $6.99.
Dengan berbuat demikian, dia dapat membeli beratus-ratus mainan termasuk barang mainan yang mahal seperti Star Wars Lego kits dan Queen Anne’s Revenge Lego kits.
Barbara memperuntukkan sebanyak $80 setiap hari untuk membeli mainan tersebut di pasar raya dan berjaya memperolehi untung sebanyak $1,000 dengan menjualnya dalam eBay.
Menurut pegawai penyiasat, Alex Iwaskewycz, wanita itu menggunakan kad kredit yang sama untuk setiap urus niaga.
Penipuan liciknya itu dikesan melalui rakaman CCTV di pasarraya Sawgrass Mills pada bulan April lalu.
Iwaskewycz berkata, ketika serbuan dilakukan di rumah wanita terbabit, pihak polis menemui berpuluh-puluh beg mengandungi barang mainan.
“Dia dikuasai sifat tamak, dan akhirnya tumpas juga,’’ katanya.
Wanita itu telah didakwa dengan tuduhan menipu dan menjual barangan curi namun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $9,500.
Persoalan kini, apa yang akan terjadi dengan wangnya sebanyak $36,000 yang disimpan di dalam bank ketika dia ditangkap.

Kes Buli: Dapat P’bedahan Betulkan Wajah

Budak Dibuli, Dapat Pembedahan Betulkan Wajah


Nadia Isle dibuli sepanjang hidupnya disebabkan keadaan rupa parasnya.
Tulang hidungnya bengkok manakala cuping telinganya yang seolah-olah melekat di kepala.
Keadaan ini menyebabkan Nadia tidak keluar bergaul dengan masyarakat dan menjadi pendiam.
Dia dibuli sejak dibangku sekolah, dan susulan itu, dia sering merayu kepada ibunya untuk menjalani pembedahan plastik.
Akhirnya selepas ibu Nadia menghubungi Yayasan Baby Face dan anak perempuannya itu terbang ke New York di Georgia.
Dengan sumbangan yayasan itu, akhirnya hasrat Nadia berjaya dimakbulkan untuk menjalani pembedahan bernilai $40,000..
Dia dibedah oleh Dr. Romo di Institut Mata, Telinga dan Tekak Manhattan di Hospital Lenox Hill Hospital.
Pembedahan itu membetulkan bahagian belakang telinganya dan membaiki semula tulang rahangnya.
Ia berjaya membetulkan dan mengimbangkan semula muka Nadia.
Kini dengan wajah baru, Nadia ternyata menyukainya.
Ketika di New York, Yayasan Baby Face turut menyediakan kaunseling kepada Nadia, bagi membantunya berdepan dengan rakan-rakannya yang selama ini membulinya.
Dalam pada itu, yayasan berkenaan memaklumkan, matlamat kewujudkannya ialah memastikan kanak-kanak yang berdepan dengan situasi seperti Nadia, akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

02 Julai 2012

Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal



Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.
Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.

17 Jun 2012

Budak Ini Boleh Mengunyah Apa Saja



Seorang budak yang dikenali sebagai Zach Tahir mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka mengunyah apa sahaja benda yang berada di sekitarnya. Dia masih lagi tidak boleh membezakan makanan dengan objek.
Seorang budak kecil mempunyai satu tabiat yang pelik. Budak yang tinggal di London ini dikenali sebagai Zach Tahir. Dia tidak pernah berhenti mengunyah di bilik tidurnya kerana dia makan apa saja, dari kelengkapan bilik tidur hingga ke bidai yang menutup tingkap biliknya. Kanak-kanak autistik berusia lima tahun itu tidak boleh bercakap dan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh membezakan makanan dengan objek yang tidak boleh dimakan.
Keperluannya untuk mengunyah bermakna dia cuba makan hampir apa saja, dari kasut sekolah hingga ke plaster dinding. Ibunya, Rachel, 32, berkata, Zach makan sebahagian besar bidainya hingga dia terpaksa membeli yang baru bagi menutup tingkap kediaman mereka di Salford, di Manchester.
Rachel yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun, Isabella, berkata, Zach menghidap kecelaruan selera makanan yang menyebabkan dia akan makan apa saja.
“Dia biasanya tidur empat jam setiap malam. Masa yang lain digunakan untuk membuat bunyi dan melompat di atas katil sertamakan apa saja yang boleh dicapai di dalam biliknya.
Dalam wawancara dengan akhbar Manchester Evening News: Rachel berkata: “Zach juga gemar memanjat tingkap dan memakan bidai. Dia suka jika dapat mengunyah sesuatu sepanjang masa, biasanya kain basah.”
Benda lain yang suka dikunyahnya termasuk, kertas, pakaian, plaster, benang, lumpur, lumut, batu dan rambut.

Wanita Hamil Anak Ke-20



Seorang ibu dari Arkansas, Michelle Duggar dengan bangga mengumumkan kepada dunia semalam bahawa beliau kini hamil anaknya yang ke-20.

Duggar, 45, dan suaminya, Jim Bob, 46, yang mempunyai banyak pengalaman menyambut kedatangan bayi baru itu memberitahu televisyen NBC bahawa mereka sendiri terkejut dengan kehamilan terbaru berkenaan.

“Saya tidak terfikir bahawa tuhan akan memberikan kami seorang lagi anak, dan kami amat bersyukur,” kata Duggar, bintang sebuah rancangan realiti melalui TLC, ‘19 kids and counting.’

Keluarga terbabit tinggal di Little Rock dan juga mengendalikan halaman web sendiri, yang turut menjual buku yang ditulis ibu bapa dan DVD selain turut memberikan nasihat kepada ibu bapa.

Pasangan itu kini mempunyai 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan berusia antara 23 bulan dan 23 tahun. Anak mereka yang ke-19 dilahirkan pra matang pada Disember 2009 dan Duggar mengalami komplikasi.

Duggar berkata, walaupun berhadapan dengan risiko tetapi beliau tidak bimbangkan kesihatannya.

“Saya sekarang mempunyai ukuran badan yang menarik berbanding sepanjang tempoh 20 tahun lalu,” katanya.

Ketika meraikan kegembiraan itu, Bob mempunyai pandangan sendiri mengenai keadaan itu : “Kami tidak mahu berhenti dengan nombor ganjil.”

Sambil mengakui tidak menggunakan pil perancang keluarga, Duggar sendiri membayangkan ‘keletihan’ mempunyai anak ramai apabila menekankan tidak memikirkan untuk untuk menambah anak lagi. – 

Lelaki ini makan Kucing



Seorang lelaki tidak berumah ditangkap selepas didakwa membunuh seekor kucing dan memakannya di sebuah gudang. Pemilik bangunan itu menelefon polis selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam gudang itu.


Polis yang memasuki gudang berkenaan menemui Russell Christopher Hofstad (gambar) di dalam dengan mukanya bercat and ekor serta sebahagian tali perut haiwan itu tergantung pada lehernya.

Polis menemui bahagian lain kuncing itu di tengah gudang. Hosstad memberitahu polis, dia mahu menggunakan tulang kucing itu sebagai barang hiasan.