Seorang budak yang dikenali sebagai Zach Tahir mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka mengunyah apa sahaja benda yang berada di sekitarnya. Dia masih lagi tidak boleh membezakan makanan dengan objek.
Seorang budak kecil mempunyai satu tabiat yang pelik. Budak yang tinggal di London ini dikenali sebagai Zach Tahir. Dia tidak pernah berhenti mengunyah di bilik tidurnya kerana dia makan apa saja, dari kelengkapan bilik tidur hingga ke bidai yang menutup tingkap biliknya. Kanak-kanak autistik berusia lima tahun itu tidak boleh bercakap dan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh membezakan makanan dengan objek yang tidak boleh dimakan.
Keperluannya untuk mengunyah bermakna dia cuba makan hampir apa saja, dari kasut sekolah hingga ke plaster dinding. Ibunya, Rachel, 32, berkata, Zach makan sebahagian besar bidainya hingga dia terpaksa membeli yang baru bagi menutup tingkap kediaman mereka di Salford, di Manchester.
Rachel yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun, Isabella, berkata, Zach menghidap kecelaruan selera makanan yang menyebabkan dia akan makan apa saja.
“Dia biasanya tidur empat jam setiap malam. Masa yang lain digunakan untuk membuat bunyi dan melompat di atas katil sertamakan apa saja yang boleh dicapai di dalam biliknya.
Dalam wawancara dengan akhbar Manchester Evening News: Rachel berkata: “Zach juga gemar memanjat tingkap dan memakan bidai. Dia suka jika dapat mengunyah sesuatu sepanjang masa, biasanya kain basah.”
Benda lain yang suka dikunyahnya termasuk, kertas, pakaian, plaster, benang, lumpur, lumut, batu dan rambut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan