Melati Putih Recent Post
30 Jun 2012
17 Jun 2012
Budak Ini Boleh Mengunyah Apa Saja
Seorang budak yang dikenali sebagai Zach Tahir mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka mengunyah apa sahaja benda yang berada di sekitarnya. Dia masih lagi tidak boleh membezakan makanan dengan objek.
Seorang budak kecil mempunyai satu tabiat yang pelik. Budak yang tinggal di London ini dikenali sebagai Zach Tahir. Dia tidak pernah berhenti mengunyah di bilik tidurnya kerana dia makan apa saja, dari kelengkapan bilik tidur hingga ke bidai yang menutup tingkap biliknya. Kanak-kanak autistik berusia lima tahun itu tidak boleh bercakap dan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh membezakan makanan dengan objek yang tidak boleh dimakan.
Keperluannya untuk mengunyah bermakna dia cuba makan hampir apa saja, dari kasut sekolah hingga ke plaster dinding. Ibunya, Rachel, 32, berkata, Zach makan sebahagian besar bidainya hingga dia terpaksa membeli yang baru bagi menutup tingkap kediaman mereka di Salford, di Manchester.
Rachel yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun, Isabella, berkata, Zach menghidap kecelaruan selera makanan yang menyebabkan dia akan makan apa saja.
“Dia biasanya tidur empat jam setiap malam. Masa yang lain digunakan untuk membuat bunyi dan melompat di atas katil sertamakan apa saja yang boleh dicapai di dalam biliknya.
Dalam wawancara dengan akhbar Manchester Evening News: Rachel berkata: “Zach juga gemar memanjat tingkap dan memakan bidai. Dia suka jika dapat mengunyah sesuatu sepanjang masa, biasanya kain basah.”
Benda lain yang suka dikunyahnya termasuk, kertas, pakaian, plaster, benang, lumpur, lumut, batu dan rambut.
Wanita Hamil Anak Ke-20
Seorang ibu dari Arkansas, Michelle Duggar dengan bangga mengumumkan kepada dunia semalam bahawa beliau kini hamil anaknya yang ke-20.
Duggar, 45, dan suaminya, Jim Bob, 46, yang mempunyai banyak pengalaman menyambut kedatangan bayi baru itu memberitahu televisyen NBC bahawa mereka sendiri terkejut dengan kehamilan terbaru berkenaan.
“Saya tidak terfikir bahawa tuhan akan memberikan kami seorang lagi anak, dan kami amat bersyukur,” kata Duggar, bintang sebuah rancangan realiti melalui TLC, ‘19 kids and counting.’
Keluarga terbabit tinggal di Little Rock dan juga mengendalikan halaman web sendiri, yang turut menjual buku yang ditulis ibu bapa dan DVD selain turut memberikan nasihat kepada ibu bapa.
Pasangan itu kini mempunyai 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan berusia antara 23 bulan dan 23 tahun. Anak mereka yang ke-19 dilahirkan pra matang pada Disember 2009 dan Duggar mengalami komplikasi.
Duggar berkata, walaupun berhadapan dengan risiko tetapi beliau tidak bimbangkan kesihatannya.
“Saya sekarang mempunyai ukuran badan yang menarik berbanding sepanjang tempoh 20 tahun lalu,” katanya.
Ketika meraikan kegembiraan itu, Bob mempunyai pandangan sendiri mengenai keadaan itu : “Kami tidak mahu berhenti dengan nombor ganjil.”
Sambil mengakui tidak menggunakan pil perancang keluarga, Duggar sendiri membayangkan ‘keletihan’ mempunyai anak ramai apabila menekankan tidak memikirkan untuk untuk menambah anak lagi. –
Lelaki ini makan Kucing
Seorang lelaki tidak berumah ditangkap selepas didakwa membunuh seekor kucing dan memakannya di sebuah gudang. Pemilik bangunan itu menelefon polis selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam gudang itu.
Polis yang memasuki gudang berkenaan menemui Russell Christopher Hofstad (gambar) di dalam dengan mukanya bercat and ekor serta sebahagian tali perut haiwan itu tergantung pada lehernya.
Polis menemui bahagian lain kuncing itu di tengah gudang. Hosstad memberitahu polis, dia mahu menggunakan tulang kucing itu sebagai barang hiasan.
Kisah Sedih Di Sebuah Mahkamah
Kisah Sebenar Institusi Kehakiman Indonesia
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..
13 Jun 2012
Sudah 10 tahun wanita ini tak duduk
Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah kesenangan kecil yang kita anggap biasa ini bagaikan anugerah impian yang tak boleh lagi dimiliki wanita ini.
Penderitaan ibu beranak satu ini bermula sejak Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi total. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar hebat pada pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.
Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk menghindari rasa sakit tersebut. Sejak ‘penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14.
“Yang saya inginkan adalah boleh pergi menonton filem bersama anak saya. Tetapi saya tidak dapat berdiri di panggung wayang,” ujarnya, seperti dikutip dari laman The Sun.
Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha memperoleh pengubatan untuk meredakan rasa sakit namun tak banyak membantu. “Saya keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya dapat berbaring.”
Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha memperolehi pengubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.
Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi
Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Maria tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu.
Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kash sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.
Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.
Wanita simpan mayat bayi dalam peti dingin beku 5 tahun
MOSCOW: Seorang wanita Russia didapati bersalah membunuh anaknya yang baru lahir dan menyimpan mayat bayi terbabit dalam peti dingin beku selama lima tahun.
Mahkamah di Arkhangelsk di utara negara itu mengesahkan Lyudmila Smirnova, 37, melahirkan anak perempuan di kediamannya pada Januari 2007 dan menekap bayi itu dengan kain hingga mati.
Dia kemudian meletakkan mayat bayi berkenaan dalam peti dingin beku hingga 29 Disember tahun lalu sebelum dikeluarkan teman lelakinya yang menyangka ia daging lembu.
Pelik! Ada Sepotong Kaki Dalam Otak Bayi Ini!
Pada tahun 2009, dunia perubatan telah dikejutkan dengan satu peristiwa pelik yang mana seorang doktor telah dapat mengesan satu objek berupa sepotong kaki berada dalam otak seorang bayi.
Sukar percaya mengenai kisah pelik ini yang mana ia berlaku sekitar tahun 2009 yang lalu. Dunia perubaan telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang sangat pelik. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut. Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.
Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. “Seperti melahirkan bayi tapi dari otak,” kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.mProsedur perubatan itu, bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil rakaman otak dengan MRI, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat saja.
“Penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana,” doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja ‘kaki’ di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.
Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak.
Langgan:
Catatan (Atom)