Bermula pada tahun 1920-an, dari sebuah desa di China. Seorang gadis yang berumur 17 tahun dan berasal dari keluarga yang berada serta kaya-raya akhirnya berjaya mendapatkan lelaki idamannya. Lelaki tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis-gadis kerana ketampanannya.
Tidak lama kemudian mereka melakukan majlis pertunangan, sebelum melakukan upacara pernikahan secara rasmi si gadis telah pun meninggal terlebih dahulu kerana mengalami demam yang teruk pada tahun 1922. Akhirnya si lelaki berputus asa dan tidak ingin menjalani ritual tradisional untuk bernikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dengan menjadi tentera.
Tetapi, seperti telah dinyatakan, si gadis berasal dari keluarga yang kaya-raya, anggota keluarganya berhasil mencari dan membawa si pria untuk kembali, kemudian si pria dipaksa untuk menjalani majlis pernikahan dengan gadis tersebut yang telah mati. Foto ini ialah bukti dimana ia diambil pada tengah malam, ketika gadis tersebut telah mati selama 6 hari. Mereka harus menyangga tubuh si gadis dengan papan kayu, supaya dapat berdiri dengan tegak.
Perhatikan bahawa kaki si gadis tidak meyentuh tanah secara penuh, dan juga 2 baris huruf Cina, satu barisnya di tulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. Mereka mengatakan jika anda menatap foto tersebut pada waktu relatif dengan lama dan jika si gadis tersenyum balik kepada anda, anda akan perasaan ada sesuatu sedang perhatikan anda dan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan