Gambar yang penulis masukkan ini adalah gambar yang berada dalam simpanan penulis.Apa yang ingin dikongsikan ialah , cerita yang mengatakan bahawa wanita tersebut bertukar menjadi binatang kera setelah memarahi ibunya yang membaca al-Quran dan melempar al-Quran tersebut ke tanah…. gambar tersebut, penulis dapat daripada seorang Arab Yaman ketika berada dalam bas.Katanya peristiwa tersebut berlaku Oman…. Apabila perkara tersebut menimbulkan kegelisahan dikalangan penduduk Yaman , maka seorang Syaikh yang bernama Asy-Syaikh Hasan asy-Syafie telah mengambil tindakan dengan menelefon seorang kawannya yang berada di Oman untuk mengesahkan peristiwa tersebut , dan jawapannya ialah gambar tersebut merupakan gambar patung yang dirakam semasa pameran barang–barang pelik dan antik yang diadakan di Oman…bukannya betul-betul berlaku seperti yang diceritakan.
Itulah sikap sebahagian manusia yang berniat baik , tapi salah caranya….
Itulah sikap sebahagian manusia yang berniat baik , tapi salah caranya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan