Hari ini, 15 Mei 2009 genaplah usia ‘mummy‘ (bonda) 55 tahun. Satu usia yang cukup matang dan ranum dalam menempuhi kehidupan yang penuh pancaroba. Sebagai anak, kami empat beradik telah berkongsi wang ringgit untuk menghadiahkan sesuatu kepada mummy. Semuanya itu diuruskan oleh adinda bongsu (Puteri Zahira) memandangkan hanya dia sahaja yang berada di Kota Kinabalu bersama-sama mummy pada waktu ini.
Putera Rizal sedang bertugas di Sarawak, aku di Kunak, manakala Putera Rezza baharu sahaja bertolak ke Kuala Lumpur lebih kurang seminggu yang lalu kerana menerima tawaran kerja di sana (dan bersiap sedia untuk menghadapi hari Konvokesyennya tidak lama lagi).
Sehari selepas ulang tahun bonda, iaitu pada hari esok… Puteri Zahira pula akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk menyempurnakan Latihan Industrinya dalam bidang Kewangan Islam di Ar-Rajhi Bank. Bermakna, selepas ini mummy akan bersendirian lagi di rumah. Kesian mummy. Nasib baiklah ‘Bonda D’ (adik bongsu mummy) dan keluarganya rajin bertandang dan bermalam di situ. Jadi, tidaklah mummy terasa sunyi sangat.
Untuk ulang tahun mummy pada kali ini, buat kesekian kalinya aku tidak dapat meraikan bersama-sama kerana tarikh 15 Mei tidak jatuh pada hari cuti sekolah. Walaupun begitu, aku sentiasa mendoakan semoga mummy panjang umur, murah rezeki (fulus, ‘menantu yang baik-baik’ (ehem!), ‘cucu yang comel-comel’ (ehem lagi!), dan rezeki-rezeki lain), diberikan kesihatan yang berpanjangan, gembira serta ceria selalu. Aku saaaaaaaaaaaaayang mummy sangat-sangat.
Oleh itu, Happy Birthday to You, Mummy! We love you so much.
Aku tak tahulah hadiah apa yang bakal Puteri Zahira dapatkan untuk mummy, namun yang pastinya kasih sayang kami terhadap mummy jauh lebih besar dan jauh lebih bernilai daripada hadiah itu. Begitu juga dengan kasih sayang dan pengorbanan mummy yang tidak ternilai sedikit pun oleh wang ringgit. Segunung emas dan selautan wang ringgit pun tidak mampu untuk membalas dan membayar jasa mummy.
Yang pastinya juga, aku tidak akan menghadiahkan ’sotong misteri’ kepada mummy seperti yang tertera pada tajuk entri itu ya. (Kalau bagi pun, confirm mummy tak mahu terima, hikhik).
Tajuk entri itu adalah berkaitan dengan e-mel yang dikirimkan oleh seorang rakan wartawan di RTM Tawau, Aziana Wahab. Terima kasih Azian kerana berkongsi gambar sotong misteri itu.
Inilah dia gambar sotong misteri yang aku maksudkan itu:
Aku sendiri tidak tahu di mana sotong ini dijumpai. Tidak pula dinyatakan di dalam e-mel tersebut. Gambar pun tidak diketahui diterima daripada siapa (kalau tahu, boleh aku kreditkan namanya di sini. Kepada tuan punya gambar, jika gambar-gambar ini milik anda, maklumkan kepada Puteri Ezza ya. Nama anda akan dikreditkan di sini).
Sotong tu macam makhluk asinglah. Pelik tapi benar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan