Tragedi jambatan runtuh Kuala Dipang
Pengajaran buat semua
Terasa mahu menyelami hati keluarga mangsa tragedi. Penulis membayangkan, satu persatu mayat ditemui di Sungai Kampar dan ia melibatkan anak-anak kecil yang kebanyakannya seusia dengan anak penulis. Namun hati kembali lega apabila menerima berita 19 murid sudah diselamatkan dan rasa kesyukuran dipanjat ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kasih sayangNya kepada anak-anak kecil ini untuk menikmati dunia.
Kebetulan ketika memandu ke Kampar, Perak pada pagi 29 hb Oktober itu, masih ada satu lagi mayat belum dijumpai selepas pihak polis menjumpai mayat, N. Dina Deve, 11, dan Devadarshini a/p Mageswaran, 11, Pencarian mayat ketiga masih diteruskan tapi belum sempat sampai di sana berita di radio mengumumkan penemuan Diasyree a/p Vesudevan, 12 tahun. Rasa sebak menggamitgamit di dalam hati penulis kerana memikirkan mangsa hanyalah kanak-kanak kecil dan belum puas menikmati kehidupan dunia.
Nagaratnam hilang anak perempuan tunggal
“Hati saya sangat sedih, 11 tahun saya menjaganya, belai dengan penuh kasih sayang tetapi hari ini, dia tinggalkan saya seorang diri. Pergi membawa semua kenangan indah dan manis bersamanya,” demikian luah Nagaratnam dalam esak tangisnya. Ibu kepada lima anak ini ternyata sangat sedih malah tidak mampu mengeluarkan katakata tatkala bercerita tentang mendiang anak perempuan tunggalnya, Deva darshini a/p Mageswaran, 11, mangsa lemas dalam tragedy jambatan runtuh di SK Kuala Dipang, Kampar.
“Hanya nota kecil yang ditinggalkan untuk kami. Nota berbunyi, “mak, saya nak ikut abang pergi kem 1 Malaysia. Saya tak bagi tahu mak dan saya rasa sedih. Mak doakan saya selamat ya mak.” Membaca notanya berulang kali membuatkan hati saya bertambah sebak. Apa yang ada pada kami hanyalah kenangan kerana dia anak yang baik,” kata Nagaratnam sambil ditenangkan oleh saudara mara yang berada di sisinya. Ceritanya lagi, anak perempuan tunggalnya itu, seorang yang sangat ceria, sering mem bantunya di rumah dan mudah mesra dengan orang di sekelilingnya.
“Perkhemahan ini sebenarnya untuk abangnya, Sarves waran, 12 tahun, tetapi bila ramai yang menolak untuk mengikuti perkhemahan ini, dia beria-ia mahu pergi sampai menangis. “Saya tidak tahu hal ini kerana tak berjumpa dengannya ketika dia keluar rumah. Tapi dia ada minta bapanya tandatangan surat kebenaran untuk ikut serta. Sebelum itu bapanya tidak membenarkan dia pergi, tapi bila dia terus menangis mahu mengikut abangnya, akhirnya bapanya akur. Kami tak sangka yang balik, adalah mayatnya. Dia satu-satunya anak perempuan saya,” kata Nagaratnam.
“Dia bercita-cita hendak menjadi guru. Katanya boleh mengajar orang jadi pandai tetapi akhirnya semua itu tidak kesam paian,” kata Nagaratnam lagi. Dalam pada itu, nenek kepada mendiang, Saraswathi tidak langsung menyangka cucunya itu akan pergi terlebih dahulu meninggalkan dirinya. “Ini kali pertama kami semua kehilangan ahli keluarga. Dia cucu yang sangat periang, peramah, baik hati dengan orang tua dan saya sangat menyayangi dirinya.
Malah dia juga pandai dalam pelajaran. Saya tak sangka dia pergi dalam usianya yang sangat muda,” katanya sambil menahan esak tangis. Apa yang menambah trauma dalam keluarga ini, anak lelakinya yang turut serta dalam perkhemahan ini, melihat adiknya dihanyutkan dalam arus sungai yang menderas ketika itu. “Anak lelaki saya masih di tebing dan baru hendak melangkah. Ketika itulah jambatan itu runtuh dan dia melihat adiknya dihanyutkan air,” cerita Nagaratnam sebak.
Simpati kepada keluarga mangsa
Dalam pada itu, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamalia Ibrahim turut hadir sama di upacara pengebumian ini dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Mengulas kejadian tersebut katanya, apa yang berlaku adalah satu tragedi dan ia satu kes yang di luar kebiasaan. “Saya difahamkan sungai itu tidak terlalu dalam. Malah murid boleh menyeberanginya tetapi apabila hari hujan, air dari hulu mula melimpah. Begitu juga soal jambatan yang dipersoalkan oleh banyak pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan