Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

30 November 2009

TV BARU TUNJUK SADDAM HUSSIEN

Program bekas pemimpin disiar ketika Aidiladha

BAGHDAD: Rakyat Iraq terperanjat melihat wajah Saddam Hussein di kaca televisyen daripada sebuah stesen misteri pada hari pertama Aidiladha, Jumaat lalu, hari yang sama bekas pemimpin negara berkenaan menjalani hukuman gantung pada 2006.

Tiada siapa yang tahu pihak yang membiayai stesen televisyen Saddam ini, walaupun kerajaan mengesyaki ia dilakukan penyokong Parti Baath yang pernah dipimpin bekas pemimpin Iraq itu.


http://www.bharian.com.my/Tuesday/Dunia/20091201074320/mainpix1.jpg

23 November 2009

KEMASYARAKATAN

Tragedi jambatan runtuh Kuala Dipang

Pengajaran buat semua

Saat membaca di akhbar tentang tragedi jambatan runtuh menimpa pelajar-pelajar sekolah di SK Kuala Dipang bulan lalu, hati penulis bagai ditarik-tarik untuk memandu ke Kampar. Tambah sayu ketika itu diberitakan 22 pelajar masih hilang.


Terasa mahu menyelami hati keluarga mangsa tragedi. Penulis membayangkan, satu persatu mayat ditemui di Sungai Kampar dan ia melibatkan anak-anak kecil yang kebanyakannya seusia dengan anak penulis. Namun hati kembali lega apabila menerima berita 19 murid sudah diselamatkan dan rasa kesyukuran dipanjat ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kasih sayangNya kepada anak-anak kecil ini untuk menikmati dunia.

Kebetulan ketika memandu ke Kampar, Perak pada pagi 29 hb Oktober itu, masih ada satu lagi mayat belum dijumpai selepas pihak polis menjumpai mayat, N. Dina Deve, 11, dan Devadarshini a/p Mageswaran, 11, Pencarian mayat ketiga masih diteruskan tapi belum sempat sampai di sana berita di radio mengumumkan penemuan Diasyree a/p Vesudevan, 12 tahun. Rasa sebak menggamitgamit di dalam hati penulis kerana memikirkan mangsa hanyalah kanak-kanak kecil dan belum puas menikmati kehidupan dunia.

Penulis dan jurugambar seterusnya menuju ke Hospital Kampar kerana bedah siasat mangsa dijalankan di situ. Di hospital sudah ramai yang menunggu termasuklah pihak media, polis, renjer, guru besar dan kaki tangan hospital. Difahamkan, ibu mangsa pengsan sebaik melihat mayat anaknya dibawa ke hospital. Mayat ketiga dijumpai kira-kira jam 9.45 pagi, 25 km dari tempat tragedi di Sungai Cenderiang oleh Briged 2 Renjer yang diketuai oleh Mejar Adlie dengan bantuan tiga pegawai dan 37 anggota.

Nagaratnam hilang anak perempuan tunggal
“Hati saya sangat sedih, 11 tahun saya menjaganya, belai dengan penuh kasih sayang tetapi hari ini, dia tinggalkan saya seorang diri. Pergi membawa semua kenangan indah dan manis bersamanya,” demikian luah Nagaratnam dalam esak tangisnya. Ibu kepada lima anak ini ternyata sangat sedih malah tidak mampu mengeluarkan katakata tatkala bercerita tentang mendiang anak perempuan tunggalnya, Deva darshini a/p Mageswaran, 11, mangsa lemas dalam tragedy jambatan runtuh di SK Kuala Dipang, Kampar.

“Hanya nota kecil yang ditinggalkan untuk kami. Nota berbunyi, “mak, saya nak ikut abang pergi kem 1 Malaysia. Saya tak bagi tahu mak dan saya rasa sedih. Mak doakan saya selamat ya mak.” Membaca notanya berulang kali membuatkan hati saya bertambah sebak. Apa yang ada pada kami hanyalah kenangan kerana dia anak yang baik,” kata Nagaratnam sambil ditenangkan oleh saudara mara yang berada di sisinya. Ceritanya lagi, anak perempuan tunggalnya itu, seorang yang sangat ceria, sering mem bantunya di rumah dan mudah mesra dengan orang di sekelilingnya.

“Perkhemahan ini sebenarnya untuk abangnya, Sarves waran, 12 tahun, tetapi bila ramai yang menolak untuk mengikuti perkhemahan ini, dia beria-ia mahu pergi sampai menangis. “Saya tidak tahu hal ini kerana tak berjumpa dengannya ketika dia keluar rumah. Tapi dia ada minta bapanya tandatangan surat kebenaran untuk ikut serta. Sebelum itu bapanya tidak membenarkan dia pergi, tapi bila dia terus menangis mahu mengikut abangnya, akhirnya bapanya akur. Kami tak sangka yang balik, adalah mayatnya. Dia satu-satunya anak perempuan saya,” kata Nagaratnam.

“Dia bercita-cita hendak menjadi guru. Katanya boleh mengajar orang jadi pandai tetapi akhirnya semua itu tidak kesam paian,” kata Nagaratnam lagi. Dalam pada itu, nenek kepada mendiang, Saraswathi tidak langsung menyangka cucunya itu akan pergi terlebih dahulu meninggalkan dirinya. “Ini kali pertama kami semua kehilangan ahli keluarga. Dia cucu yang sangat periang, peramah, baik hati dengan orang tua dan saya sangat menyayangi dirinya.

Malah dia juga pandai dalam pelajaran. Saya tak sangka dia pergi dalam usianya yang sangat muda,” katanya sambil menahan esak tangis. Apa yang menambah trauma dalam keluarga ini, anak lelakinya yang turut serta dalam perkhemahan ini, melihat adiknya dihanyutkan dalam arus sungai yang menderas ketika itu. “Anak lelaki saya masih di tebing dan baru hendak melangkah. Ketika itulah jambatan itu runtuh dan dia melihat adiknya dihanyutkan air,” cerita Nagaratnam sebak.

Simpati kepada keluarga mangsa
Dalam pada itu, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamalia Ibrahim turut hadir sama di upacara pengebumian ini dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Mengulas kejadian tersebut katanya, apa yang berlaku adalah satu tragedi dan ia satu kes yang di luar kebiasaan. “Saya difahamkan sungai itu tidak terlalu dalam. Malah murid boleh menyeberanginya tetapi apabila hari hujan, air dari hulu mula melimpah. Begitu juga soal jambatan yang dipersoalkan oleh banyak pihak.


“Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dan kalau ada mana-mana pihak yang bersalah, maka tindakan perlu diambil. Saya sangat bersimpati dengan tragedi yang menimpa anak-anak kecil ini tambahan pula mereka adalah pelajar terbaik yang dipilih oleh pejabat pelajaran. Ia merupakan satu kehilangan kepada keluarga mangsa,” katanya yang turut bersedih.


ISTERI KELIRU SUAMI MENGAKU HOMOSEKSUAL

Saya berkahwin sejak tiga tahun lalu dengan suami atas dasar cinta, suka sama suka. Kami ada juga bergaduh namun ia tidak meleret-leret hingga menjadi konflik yang serius. Dua bulan selepas berkahwin, saya disahkan hamil namun saya mengalami keguguran semasa kandungan berusia lapan minggu. Selepas keguguran, suami mengambil masa agak lama untuk ‘menyentuh’ saya kembali. Selepas sembilan bulan, saya hamil untuk kali kedua. Semasa mengandung, suami mudah marah bila melayani saya. Dia selalu membebel bila saya meminta dia menemani saya menjalani pemeriksaan kesihatan ibu mengandung. Kami sering bergaduh disebabkan hal ini.

Semasa kandungan saya berusia lebih 20 minggu, anak di dalam kandungan disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan teliti telah dilakukan, akan tetapi tiada jawapan pasti yang diberikan oleh pihak hospital. Sejak itu, suami hanya menyentuh saya dua atau tiga kali sahaja sehingga kini. Pelbagai persoalan terus mengganggu fikiran saya hampir setiap malam. Pertanyaan kepada persoalan dilontarkan kepada suami tetapi tiada jawapan. Setelah saya mendesak beberapa minggu lalu, suami telah membuat pengakuan yang dirinya adalah seorang homoseksual.

Saya seperti tidak mempercayainya, kerana selama ini tiada sebarang tanda-tanda yang menampakkan suami adalah seorang homoseksual. Saya memintanya berubah dan saya bersedia untuk membantunya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Akan tetapi suami tidak mahu berubah dan beranggapan seorang homoseksual tidak boleh diubati. Suami juga menyuruh saya berfikir panjang soal hidup dan masa depan.

Akan tetapi katanya dia tidak boleh memberi apa-apa jaminan untuk memberikan kebahagiaan kepada saya kelak. Tambahan pula suami memang tidak mahukan anak. Saya sangat menyayangi suami. Saya tidak sanggup kehilangannya. Sebab itulah saya sanggup membantunya, lagi pun saya memandang homoseksual ini adalah sebagai satu penyakit yang boleh diubati. Saya cuba mencari bantuan dan berjumpa dengan seorang ustaz yang telah disyorkan oleh seorang pakar motivasi terkenal tanah air yang saya hubungi melalui soal jawab di internet.

Setelah berjumpa ustaz tersebut, saya diberi beberapa panduan mengikut Islam untuk menangani permasalahan ini seperti mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, melakukan sembahyang istikharah dan beberapa perkara lain. Walaupun suami tidak mempedulikan saya langsung tetapi saya seperti biasa melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Kami tinggal di rumah ibu saya memandangkan suami hanya bekerja secara sambilan dan tidak mampu untuk menyewa rumah sendiri.

Saya bekerja dan segala perbelanjaan saya yang uruskan sendiri, dibantu oleh suami serba sedikit. Apakah lagi yang harus saya lakukan? Adakah panduan-panduan lain yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan masalah saya ini? Untuk makluman, buat masa sekarang saya tidak mempercayai suami seorang homoseksual kerana tiada sebarang tanda yang menunjukkan suami seorang homoseksual.

Kedua, semasa suami memberitahu perkara itu, air mukanya bersahaja saja serta tidak nampak bersalah dan dia mengucapkan kata-katanya dengan begitu mudah tanpa tersekat-sekat. Sekarang suami menunjukkan protes, dia seperti tidak menyukai saya seolah-olah permasalahan ini berpunca daripada saya. Ustaz yang saya temui turut bersetuju dengan saya, kerana katanya ada perkara lain di sebalik pengakuan tersebut. Saya betul-betul bingung dan tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya telah cuba berbaik-baik dengan suami tetapi suami menunjukkan sikap keras hati. Apa yang saya lakukan lagi?

22 November 2009

Rahsia Ciuman, Menilai Rahsia Ciuman Anda

* Suka cium dahi isteri – suami yang romantis.
* Suka cium pipi isteri – suami yang penyayang.
* Suka cium mulut isteri – suami yang gelojoh.
* Suka cium tengkuk isteri – suami yang mata keranjang.
* Suka cium telinga isteri – suami yang sensitif.
* Suka cium leher isteri – suami yang penyabar.
* Suka cium buah dada isteri – suami yang suka bermanja.
* Suka cium tangan isteri – suami yang hipokrit.
* Suka cium ketiak isteri – suami yang menerima isterinya seadanya.
* Suka cium kemaluan isteri – suami yang pemalu.
* Suka cium punggung isteri – suami yang suka bergurau.
* Suka cium kaki isteri – suami yang terlalu menghormat isteri.
* Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri – suami yang memtingkan diri.
* Suka cium seluruh bahagian badan isteri – suami yang baru balik dari outstation. Kuang kuang kuang!

P/s: Kajian ini dibuat secara rambang, mungkin ada sedikit perbezaan dari individu ke individu yang lain

KISAH WANITA CANTIK

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai jer d tingkat 70,seorang lelaki inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Inggeris: Sama2, tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana???
Lelaki Inggeris: Tidur dengan aku..
Wanita: Tak guna, kau ingat aku ni pelacur?! Tidak!!!
Lelaki Inggeris: Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

D tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis: Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita: Bagaimana???
Lelaki Perancis: Tidur dengan aku...
Wanita: Tak guna!!! Aku tak mahu!!!
Lelaki Perancis: Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu..

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu..Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut...

Akhirnya d tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara,wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya..Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab: Astaghfirullah...(lalu melepaskan wanita itu kerana
terkejut)

PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan… kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”

“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”

“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. “sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. ”

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.

“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yangsengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”

“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”

“Kakak berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…. .. ” itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN:-

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN

WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK

WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT

WAKTU MUDA SEBELUM TUA

WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

ANAK PADERI MASUK ISLAM

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000.00 . Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dan lain-lain lagi.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000.00 setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A -3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu. Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya-

Mengapa orang Islam sembah kaabah-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain?
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3- konsep ketuhanan Jesus

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa orang malaya' datang
kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu, saya mengagumi cara hidupnya. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah.

Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
Sabah dulu.

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku- buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku- buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita. Ayah saya menganut Agama Islam

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata. saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........YaAllah betapa agungnya kekuasaanMu............. Peristiwa yang saya alami sewaktu
memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al- Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Semoga, dari cerita yang kita dengar ini dapat menjadi iktibar dalam diri kita dan dapat kita sampaikan kepada insan - insan lain yang berada di sekeliling kita.