Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

16 April 2012

Supermodel Terkenal Shida Yaacob Meninggal Dunia

Supermodel Terkenal Shida Yaacob Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga supermodel terkenal negara, Shida Yaacob yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Menurut MHOnline, model terkenal Malaysia di awal 90-an ini meninggal dunia akibat penyakit luekimia.
Tahap kesihatan Shida yang dikatakan semakin tenat sejak kebelakangan ini akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 pagi di kediamannya di Damansara.
Arwah yang sememangnya terkenal di dalam bidang peragaan dan seringkali menghiasi iklan komersial telah meninggal pada usia 41 tahun.
Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas. Al-Fatihah

12 April 2012

Kisah Budak Suka Makan Batu Dan Pasir…

Kisah Budak Suka Makan Batu Dan Pasir...

Kalau dilihat kepada fizikal dan keadaan kanak-kanak lelaki dari Sulawesi Selatan, Indonesia ini, tiada apa-apa yang aneh mahu pun pelik untuk difikir.
Namun, Panji, anak kepada pasangan Yusran dan Salma itu sememangnya mempunyai tabiat pelik mengenai sistem pemakanannya.
Pasti ramai yang tidak akan percaya, kanak-kanak yang berusia lima tahun itu lebih gemar menjadikan pasir dan batu sebagai menu utama makanannya setiap hari.
Menurut kata ibu bapanya, Panji mempunyai tabiat buruk tersebut sejak dia berusia setahun dan tabiat itu tidak langsung berubah apabila dia sudah memasuki alam persekolahan.
Malah, keluarga dan saudara-mara mereka juga tidak dapat melakukan apa-apa dari menegah Panji untuk terus menjadikan pasir dan batu sebagai makanan kegemarannya.
Teman-teman Panji pula sudah terbiasa dengan sikap anehnya dan akan memakan pasir dan batu ketika tidak diperhatikan oleh orang ramai.
Sekiranya terdapat orang yang memerhatikannya untuk memakan benda-benda kotor itu, Panji akan serta-merta menjadi malu dan tidak akan meneruskan tabiatnya.
Apa yang lebih pelik lagi, sekiranya Panji tidak menjamah makanan kotor itu, kesihatan tubuh badan Panji akan merosot dan menjadi lemah-lemah seperti tidak mempunyai sebarang tenaga.
Hingga kini, Panji masih belum melakukan sebarang pemeriksaan lanjut kesihatannya dan tidak pernah mengadu sakit perut setelah menjamah pasir dan batu.
Macam-macam…

Budak Empat Tahun Diiktiraf Genius

Budak 4 Tahun Diiktiraf Genius Di Belakang Stephen Hawking

Britain – Heidi Hankins hanya berusia empat tahun namun dia mempunyai tahap IQ yang tinggi dan berada hanya satu markah di belakang genius sains, Stephen Hawking.
Heidi memiliki tahap IQ dengan markah 159 sementara Hawking pula mendapat 160 markah.
Berdasarkan keputusan itu, Mensa mengiktiraf Heidi sebagai genius dan menerima Heidi sebagai ahli kumpulannya..
Mensa adalah sebuah kumpulan yang dianggotai individu bijak di seluruh dunia.
Menurut bapanya, Matthew, anaknya itu berjaya menghabiskan set buku Oxford Reading Tree hanya dalam masa sejam ketika berusia dua tahun.
“Kami menyangka Heidi seorang yang bijak namun tidak sangka dia sebenarnya seorang genius,’’ katanya yang juga seorang pensyarah di Universiti Southampton.
Jelasnya, menjelang usianya setahun, Heidi sudah pandai bercakap dengan penggunaan ayat yang jelas dan amat baik.
Selain itu, Heidi juga mempunyai penguasaan kemahiran matematik yang tinggi.
“Kami amat bangga dengannya. Dia hanyalah seorang budak yang suka bermain dengan Barbie dan Lego namun dalam masa sama dia lebih suka membaca buku,’’ katanya.
Matthew dan isterinya, Sophy mempunyai seorang lagi anak berusia sembilan tahun.
Dalam pada itu, ketua Eksekutif Mensa British, John Stevenage, berkata, pihaknya berasa gembira kerana keluarga Hiedi memilih untuk menyertai rangkaian Mensa sebagai sokongan.
“Mereka berjaya mengenalpasti potensi anak mereka. Kami di Mensa bersedia untuk melatih ahli Mensa yang masih muda ini untuk menggilap kecemerlangan mereka,’’ katanya.

Sri Wani Takut Keluar Rumah

Sri Wani Takut Keluar Rumah
KUALA LUMPUR – Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, dia tidak menyerahkan afidavit injunksi kepada peguam kerana takut keluar rumah.

Dia berkata demikian­ ketika disoal Hakim Syarie, Abdul Walid Abu, berkenaan­ kegagalannya untuk menyerahkan afidavit itu seperti ditetapkan.
Menurutnya, sejak status jantinanya yang dipertikai suami diketahui umum, dia bukan sahaja menjadi buruan media, malah ada individu tidak dikenali turut mengganggunya.
“Saya terpaksa sembunyi di rumah,” katanya. Dia tidak diwakili peguam.
Dalam pada itu, Sri Wani memberitahu mahkamah, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat pindaan afidavit sebelum diserahkan kepada peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid.
“Sebelum ini, peguam ada datang jumpa saya untuk selesai kes cara baik. Tapi saya takut saya diperangkap. Saya nak masukkan beberapa perkara baru dalam afidavit ini,” katanya.
Muhammad Hafiz tidak membantah permohonan Sri Wani, namun memohon afidavit asal turut diserahkan kepadanya bersama afidavit baru sebagai rujukan.
Mahkamah menetapkan tempoh seminggu kepada Sri Wani untuk melengkapkan afidavit diikuti 14 hari tempoh kepada Muhammad Hafiz untuk memfailkan jawapan.
Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.
Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti, Bahrom Sunagi, 61, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.
Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan ujian deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.
Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Keputusan mengenai permohonan DNA itu akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini.

27 Februari 2012

Gadis Dibakar Sebab Tolak Cinta

Gadis Dibakar Sebab Tolak Cinta


CHINA – Seorang remaja cantik terbakar hampir 30 peratus tubuh badannya selepas dibakar oleh seorang lelaki akibat dia menolak pelawaan cinta dari lelaki tersebut.
Zhou Yan, 17, yang dibakar di dalam bilik tidurnya oleh Tao Rukun pada September tahun lalu menanggung derita akibat kesan terbakar itu terutamanya di sekitar kepala, leher dan dada.
Alpha
Yan terpaksa menerima rawatan rapi selama beberapa bulan di hospital kerana berada dalam keadaan kritikal tetapi dibenarkan pulang setelah keadaan dirinya kembali stabil.
Menurut ibu Yan, Li Chong, perkara yang menyebabkan anaknya menerima derita itu selepas Rukun mempelawa anak gadisnya itu menjadi teman wanitanya tetapi ditolak mentah-mentah kerana mereka berdua masih belajar selain Yan langsung tidak mempunyai perasaan kepada Rukun.
Selepas mendengar cerita dari Yan, Chong bertindak memindahkan anaknya ke sekolah menengah rendah yang lain untuk mengelak dari bertemu dengan Rukun tetapi usaha itu ternyata tidak berhasil.
Selain itu, disebabkan kejadian itu berlaku, hubungan yang baik terjalin antara keluarga Yan dan Rukun juga turut terjejas di mana keluarga Rukun enggan bertanggungjawab di atas perlakuan anak lelaki mereka.
“Ibu bapa Rukun sangat baik dan sentiasa mengikuti perkembangan Yan sewaktu dia berada dalam hospital tetapi itu semua berubah apabila ibu Rukun memaksa saya menandatangan satu borang rayuan ikat jamin anaknya supaya tidak ditahan dan dibicarakan,” kata Chong yang dipetik dari laporan berita Daily Chilli.
Selepas permintaan itu ditolak oleh Chong, ibu bapa Rukun terus enggan bertanggungjawab dan tidak membantu membayar bil-bil rawatan selanjutnya.
Kesan daripada itu, Yan terpaksa dibawa pulang ke rumah bulan Disember lalu apabila keluarganya tidak dapat menyelesaikan tunggakan bayaran bil rawatan gadis itu.
Yan, gadis yang dulunya ceria tetapi berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka mengurungkan diri kecewa setelah janji kosong dari ibu dan bapa Rukun untuk membiayai pembedahan plastik bagi membetulkan rupanya tidak ditunaikan.
Gadis Dibakar Sebab Tolak Cinta
Tetapi, nasib keluarga malang itu terbela apabila kisah gadis malang itu mendapat liputan meluas di negara tersebut setelah Chong menyiarkan kisah mereka ke dalam sebuah akhbar tempatan, Sina Weibo.
Ekoran dari itu, seorang peguam, Li Zhixian ditugaskan untuk membantu membela nasib keluarga malang itu selain mendapatkan tuntutan yang sepatutnya mereka terima.
Menurut peguam yang mewakili Yan, Rukun berkemungkinan menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun atau pun hukuman mati kerana melakukan jenayah bunuh dengan niat sengaja.
Tao Rukun telah ditangkap oleh polis Hefei pada 18 September, sehari selepas serangan itu, dan ditahan di Pusat Tahanan Pertama di Hefei.
Bapa Rukun kemudiannya menghantar surat memohon maaf kepada akhbar yang sama dan berkata beliau akan melakukan segala perkara yang boleh bagi membantu Yan dan akan menerima penghakiman undang-undang ke atas anaknya.

20 Februari 2012

Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui

Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di Terengganu

DUNGUN – Spesis ikan paling kecil di dunia, ‘Paedocypris’ dari keluarga ‘Cyprinidae’ dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006.
“Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Azmi berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.
Beliau berkata pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.
Menurut Azmi buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.
Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.
“Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah,” katanya.
Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya.