Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

03 Disember 2011

SELANGOR KU



Paya Indah Wetlands, Kuala Langat




Setia Alam, Setia Indah, Selangor




Pulau Indah



Kuala Selangor indah bersejarah.



02 Disember 2011

MALAYSIA INDAH

Sebagai warga negara Malaysia, kita seharusnya merasa bangga dan bersyukur dengan kemakmuran budaya, keharmonian negara dan kekukuhan politik serta ekonomik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Selain itu, tanah tempat tinggal kita seumpama syurga di bumi, penuh dengan kekayaan alam semula jadi yang luar biasa dan indah. Alam inilah yang telah menjadi kekaguman orang ramai dari seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah. Kita tidak patut mengambil kesempatan atas kekayaan alam semula jadi negara kita. Sebaliknya, kita mesti memainkan peranan kita sebagai penjaga alam ini, bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada seluruh manusia tetapi untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang. Ini bukan hanyalah tanggungjawab seorang individu tetapi inilah masanya untuk kita mengambil tindakan bersama-sama sebagai warga Malaysia. Mari kita bekerjasama dengan satu tujuan dan menjayakan Malaysia yang hijau dan bersih. “Ingatlah Pelancongan, Majulah Pelancongan” dan jadikan Malaysia satu destinasi pelancongan utama dunia!


YES SAYA ANAK MALAYSIA....NO POLITIK POLITIK YA....



Malaysia Indah Tanah Air Tercinta. Tanah Tempat Tumpahnya darahku................




Pulau Lagenda - Langkawi



Menara Kuala Lumpur




Pulau Sipadan, Tioman, Langkawi




Kuching, Sarawak




Keunikan Masjid Kristal di Terengganu



ARTIS MALAYSIA BERSAMA ANAK YANG BARU LAHIR



Setelah setahun berkahwin, Along Cham dan isterinya, Zila AF4 menimang cahayamata pertamanya pada12 November yang lalu. Bayi lelaki mereka dilahirkan seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor. Anak pertama ini diberi nama Ahmad Danial. 




Cat Farish telah selamat menyambut kelahiran anak ketiganya yang diberi nama Qul Iskandar. Bayi lelaki ini selamat dilahirkan pada 15 November 2011. 




Sari Yanti telah melahirkan anak kedua empat hari yang lalu di hospital swasta, Kuala Lumpur. Anak keduanya ini diberi nama Basit al-Haq. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan nama anak Sari Yanti, anak pertamanye diberi nama Barr al-Aliy. Lagi beberapa keping gambar after the jump. 

Lisa Surihani di Perhimpunan Agung UMNO









I LIKE THIS SONG


Penyanyi berbakat besar, Najwa Muhyiddin ataupun dikenali sebagai Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.
 “Saya sudah ditahap tidak lagi mempedulikan apa yang sesetengah orang ingin kata mengenai saya kerana apa yang penting sokongan keluarga kepada saya tidak berbelah bahagi,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepas AIM2011 di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, Najwa berkata, dia mendapat ucapan tahniah daripada kedua ibu bapanya pada kemenangannya dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
“Ibu bapa saya gembira dengan kemenangan ini dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya,” katanya. Sementara itu, Najwa berkata, disebalik kata-kata kurang enak mengenai dirinya, dia mahu terus fokus dalam bidang pelajaran dan muzik yang amat dicintainya.
Jelasnya, dia mahu terus mencipta lagu dan lirik dan tidak akan membiarkan anasir negatif menganggu tumpuannya terutamanya dalam pelajaran.
“Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS)dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat,” katanya.
Najwa Mahiaddin
Najwa Mahiaddin 1 GAMBAR NAJWA MAHIADDIN ANAK TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
najwa muhyiddin GAMBAR NAJWA MAHIADDIN ANAK TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
P/s: Mungkin Najwa yang memilih menggunakan nama Najwa Mahiaddin tidak mahu orang menyalah anggap dia menggunakan nama bapanya untuk menaikkan kariernya. Tapi takpe Najwa.. Klo bakat ada.. orang suka je.. macam Dafi.. dia pon ramai peminat even dia pon anak menteri..

SIAPA NAJWA MAHIADDIN?




RUPA-RUPA NYA ANAK KEPADA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN - Timbalan Perdana Menteri kita.....


BARANGKALI sehingga kini, status dan latar belakang gadis manis ini sudah diketahui umum. Bak kata orang ia bukan lagi rahsia apabila memperkatakan tentang Najwa Mahiaddin (gambar).


Namun, dengan penuh rendah diri, Najwa enggan masyarakat dan pencinta muzik tempatan khususnya memandang kepada kedudukannya sebagai anak kepada seorang yang cukup dikenali.

Sebaliknya, dia mengharapkan orang ramai menilai dirinya kerana bakat dan misi yang mahu dijayakan dalam bidang seni.

Jelas Najwa, bukan dia tidak berbangga dengan latar belakang keluarganya, tetapi biarlah dia bergerak atas nama sendiri dan mahu dikenali kerana bakat yang ada dalam diri.

"Saya tidak menafikan dalam tempoh ini, ramai yang sudah tahu siapakah saya sebenarnya. Bagi diri saya, tidak perlulah lagi saya menghebahkan dan mencanangkan kepada semua tentang status saya.

"Bagi mereka yang sudah tahu akan itu (status), cukuplah. Tetapi, saya lebih suka kalau orang tidak tahu siapa saya dan menerima saya sebagai Najwa, seorang penyanyi dan komposer.

"Bukan apa. Saya bimbang juga kalau kritikan dan komen yang saya terima itu tidak ikhlas kerana mereka memikirkan tentang latar belakang saya.

"Saya masuk dalam bidang seni ini dengan penuh kejujuran dan keikhlasan dalam memperjuangkan muzik serta bakat saya. Itu yang paling penting buat saya," pinta Najwa penuh diplomasi dalam satu perbualan usai sesi fotografi yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Berkali-kali Najwa mengucapkan syukur kerana minat dan cintanya terhadap muzik tidak pernah dihalang oleh kedua orang tuanya.

Sebaliknya, Najwa menerima sokongan penuh dan padu biarpun pada mula ibu bapanya sedikit risau apabila dia menyuarakan hasrat untuk melibatkan diri secara serius dalam dunia seni.

Tetapi, lama-kelamaan, kerisauan mereka itu mula terhakis sebaik sahaja melihat kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Najwa.

"Sebagai ibu bapa, mereka pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Saya sendiri sudah melunaskan tanggungjawab dengan menyambung pengajian saya sehingga tamat seperti mana yang mereka mahukan.

"Jadi, mereka merestui minat saya yang mahu menjadi seorang penyanyi dan komposer berjaya. Malah, kami sering menghabiskan masa duduk berbincang dan memikirkan strategi serta pelan untuk mengukuhkan nama saya di dalam industri," kata lulusan ijazah Kejuruteraan Elektronik dari salah sebuah universiti di Melbourne, Australia.

Mengapakah Najwa tekad memilih bidang seni sebagai mata pencarian sedangkan dia juga tahu dan sedar ia bukanlah semudah yang disangka?

Ditambah pula dengan kedudukan dan latar belakang yang dimiliki Najwa, pastinya ia menjadi satu 'kelebihan' buat mereka yang mempunyai niat jahat untuk menjatuhkannya sekali gus mengheretnya ke lembah kontroversi.

Diam seketika sebelum memberikan buah fikirannya, Najwa yang petah dan bijak berkata-kata ini menjelaskan rasionalnya.

"Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk memelihara nama baik keluarganya tanpa mengira latar belakang mahupun kedudukan.

"Begitu juga dengan diri saya. Jika saya menjadi seorang artis atau tidak, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga adab agar tidak memalukan ibu saya.

"Saya tidak fikir hanya kerana sudah menjadi artis, saya perlu menjadi lebih berhati-hati dan mengawal setiap pergerakan saya demi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran.

"Terjunnya saya dalam bidang seni adalah kerana mahu mengubah senario industri kita selain merancakkan serta mempelbagaikan lagi genre muzik," ujar gadis berkulit putih gebu ini sambil tersenyum manis.

Sempat juga Najwa ditanya, pernahkah dia dilabel sebagai seorang yang sombong dan berlagak kerana dilahirkan dalam keluarga kenamaan?

Tidak menafikan perkara itu pernah terjadi. Tetapi jelas Najwa, semua salah tanggapan terhadap dirinya hanyalah kerana mereka tidak cuba untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat.

Sedangkan dia tidak pernah mendongak langit sehingga melupakan rumput yang hijau di bumi.

Dalam masa yang sama, Najwa turut mempertahankan pendiriannya bahawa dia masih seperti dahulu biarpun namanya kini mula meniti bibir masyarakat.

Walaupun sudah menjadi orang popular, Najwa tidak menganggap itu sebagai tiket emas untuk mengubah dirinya menjadi seorang yang sombong dan hidung tinggi.

"Sejak kecil terutama ketika zaman persekolahan, saya tidak pernah meletakkan keistimewaan pada diri saya.
"Dengan sesiapa sahaja, saya senang berkawan dan sehingga ke hari ini, persahabatan saya terus kekal terjalin.

"Mereka yang berkawan dengan saya selalunya tidak mengetahui latar belakang saya. Tetapi, selepas beberapa lama berkawan, barulah mereka tahu siapa saya.

"Namun, ia langsung tidak merubah apa-apa dan mereka menerima diri saya seadanya tanpa sebarang kompromi. Begitu juga dengan diri saya.

"Apabila menjadi artis, itu juga yang saya harapkan agar masyarakat dapat menerima bakat saya sebaik mungkin. Berilah saya peluang untuk menonjolkan dan mengembangkan lagi bakat saya ini," pintanya penuh luhur.