Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

17 Julai 2011

IKAN TERKECIL DAN MERBAHAYA

Candiru atau disebut juga canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini dapat dijumpai di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini dikenali sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha.

Ikan ini hanya dapat berkembang  1 sampai 2 inci dan lebar 4 sampai 6 milimeter, memiliki bentuk seperti seekor belut dan hampir lutsinar, amat untuk mustahil untuk dilihat di dalam air dengan mata kasar. Ikan yang cepat, perenang yang laju, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.

Ikan candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah simple dan kejam



Ikan ini ditakuti karena ia tertarik pada air seni atau darah,Sehingga ikan candiru disebut sebagai ikan vampire dari Brazil. Dan bila seseorang berenang dalam keadaan telanjang  ia akan masuk ke celah vagina, atau bahkan bila ikannya kecil ke lubang penis – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan candirĂº sangat susah diambil kembali kecuali melalui pembedahan. Lebih menakutkan lagi, infeksi menyebabkan shock dan mangsa akan mati sebelum candiru dapat dikeluarkan.

17 Jun 2011

ANEH ULAT BULU BERBARIS PANJANG MELINTAS JALAN



Peristiwa aneh dan jarang berlaku kita lihat apabila sekawan ulat bulu berbaris panjang  melintas jalan. Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.






Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain  dalam perjalanan darimelawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini  berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik. 

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. SubhanAllah.
"Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini"



Haiwan pelik di dunia

Muncung mole | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA

# Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.




14 Jun 2011

Wanita makan ayam Hidup

Seorang wanita yang dikenali sebagai Mama Pretty atau nama sebenarnya Miskaulah (38), warga Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo ini, memiliki kebiasaan memakan ayam hidup.

Disebabkan tidak mahu dikatakan menipu, die memanggil wartawan untuk merakamkan aksinya di rumah.



29 April 2011

Ular beranak?

Ular dalam Filum Reptilia biasanya bertelur dan anak ular menetas daripada telur tersebut. Yang peliknya ular ini beranak pula. Nampaknya ular juga ada yang jenis ovoviviparous seperti sesetengah ikan yu.
Inilah Kebesaran Allah SWT.

Kenan ular, makhluk asing atau sejenis penyakit?

Tidak berapa lama dulu, bulan Oktober 2008, seorang ibu di Mekah, Saudi Arabia melahirkan anak ketiganya yg menyerupai muka ular dan badan yang bersisik (kenan ular) atau menyerupai muka makhluk asing. Kononnya ibu kanak-kanak tersebut melakukan dosa besar dan berbagai tuduhan dilemparkan kepada siibu.
Apakah sebenarnya yang berlaku?
Dari segi perubatan, bayi yang dilahirkan dalam keadaan ini dikenali sebagai pesakitHarlequin Ichthyosis. Bayi ini bukannya makhluk asing tetapi adalah salah satu daripada fenomena kecacatan atau penyakit.
Apa itu penyakit Harlequin Ichthyosis?
Harlequin Ichthyosis adalah sejenis penyakit kulit yang sangat teruk disebabkan oleh penebalan lapisan keratin pada kulit janin manusia. Kulit ini menyerupai sisik berbentuk berlian (diamond-shaped) dan selalunya berwarna merah. Mata, telinga, mulut dan apendej lain bayi ini menjadi abnormal dan mengecut.
Saintis mempercayai bahawa penyakit ini diperolehi kerana ibunya pernah terdedah kepada radiasi yang agak kuat dan juga bahan kimia semasa mengandung.

Ular sawa berambut lebat

Seekor ular sawa berambut lebat mirip manusia ditemui oleh warga Lemah Abang, Indramayu, Jawa Barat. Ular ini ditemui di tempat keramat di Cibulan, Kuningan, Jawa Barat, Indonesia.
Ular sawa ini mempunyai rambut yang panjangnya 15-20 cm.
Pelik tapi benar……