Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

27 Julai 2012

Kereta Mewah Audi A5 Cabriolet Milik Tasha Shilla?

Kereta Mewah Audi A5 Cabriolet Milik Tasha Shilla?

Kereta berjenama Audi A5 Cabriolet yang mempunyai sebuah no plat unik, TASH4 dipercayai adalah milik aktres terkenal, Tasha Shilla.
Berdasarkan harga semasa di laman Oto.my, Audi A5 Cabriolet jenis baru ini boleh mencecah harga RM269 000!
Reka bentuk aerodinamik dilengkapi dengan enjin 2.0 TFSI bisa membuatkan pemiliknya kelihatan lebih seksi dan menyakinkan.
Baguslah, usaha dan kerja keras Tasha Shilla dalam bidang lakonan kini sudah nampak hasilnya.
Tak salah rasanya untuk pelakon yang baru sahaja merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular memiliki kereta sehebat ini.
Kalau kami pun, mesti mengidam nak bawa juga!
Sebelum ini, Tasha Shilla mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang suka bertukar-tukar kereta. Daripada Proton Satria, Perodua Kembara, sehingga ke kereta jenis Mitsubishi Pajero.

Wanita Lakukan Penipuan Dalam Ebay Ditangkap

Penipuan Dalam Ebay


Florida – Seorang wanita berjaya mendapat keuntungan bulanan sebanyak $30,000 dengan menukar kod tanda harga mainan kanak-kanak pada harga lebih murah sebelum menjualnya semula dalam eBay.
Wanita itu, Barbara Aqueveque telah mendapat keuntungan besar dengan melakukan penipuan tersebut sejak 18 bulan lalu.
Modus operandinya ialah mengunjungi pasaraya dan kemudian menukar kod tanda harga barang mainan kanak-kanak yang bernilai lebih $100 kepada barang lain yang lebih murah pada nilai $6.99.
Dengan berbuat demikian, dia dapat membeli beratus-ratus mainan termasuk barang mainan yang mahal seperti Star Wars Lego kits dan Queen Anne’s Revenge Lego kits.
Barbara memperuntukkan sebanyak $80 setiap hari untuk membeli mainan tersebut di pasar raya dan berjaya memperolehi untung sebanyak $1,000 dengan menjualnya dalam eBay.
Menurut pegawai penyiasat, Alex Iwaskewycz, wanita itu menggunakan kad kredit yang sama untuk setiap urus niaga.
Penipuan liciknya itu dikesan melalui rakaman CCTV di pasarraya Sawgrass Mills pada bulan April lalu.
Iwaskewycz berkata, ketika serbuan dilakukan di rumah wanita terbabit, pihak polis menemui berpuluh-puluh beg mengandungi barang mainan.
“Dia dikuasai sifat tamak, dan akhirnya tumpas juga,’’ katanya.
Wanita itu telah didakwa dengan tuduhan menipu dan menjual barangan curi namun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $9,500.
Persoalan kini, apa yang akan terjadi dengan wangnya sebanyak $36,000 yang disimpan di dalam bank ketika dia ditangkap.

Kes Buli: Dapat P’bedahan Betulkan Wajah

Budak Dibuli, Dapat Pembedahan Betulkan Wajah


Nadia Isle dibuli sepanjang hidupnya disebabkan keadaan rupa parasnya.
Tulang hidungnya bengkok manakala cuping telinganya yang seolah-olah melekat di kepala.
Keadaan ini menyebabkan Nadia tidak keluar bergaul dengan masyarakat dan menjadi pendiam.
Dia dibuli sejak dibangku sekolah, dan susulan itu, dia sering merayu kepada ibunya untuk menjalani pembedahan plastik.
Akhirnya selepas ibu Nadia menghubungi Yayasan Baby Face dan anak perempuannya itu terbang ke New York di Georgia.
Dengan sumbangan yayasan itu, akhirnya hasrat Nadia berjaya dimakbulkan untuk menjalani pembedahan bernilai $40,000..
Dia dibedah oleh Dr. Romo di Institut Mata, Telinga dan Tekak Manhattan di Hospital Lenox Hill Hospital.
Pembedahan itu membetulkan bahagian belakang telinganya dan membaiki semula tulang rahangnya.
Ia berjaya membetulkan dan mengimbangkan semula muka Nadia.
Kini dengan wajah baru, Nadia ternyata menyukainya.
Ketika di New York, Yayasan Baby Face turut menyediakan kaunseling kepada Nadia, bagi membantunya berdepan dengan rakan-rakannya yang selama ini membulinya.
Dalam pada itu, yayasan berkenaan memaklumkan, matlamat kewujudkannya ialah memastikan kanak-kanak yang berdepan dengan situasi seperti Nadia, akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

02 Julai 2012

Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal



Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.
Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.