Aku tidak menonton filem Twilight tapi aku tahu dalam Breaking Dawn ada scene Bella dan Edward kahwin. Baju perkahwinan Bella direka oleh pereka fesyen terkenal Carolina Herrera. Carolina mengambil masa 6 bulan menghasilkan baju one of a kind ini. Ianya dibuat dengan renda Chantilly Perancis serta kain sutera crepe. Secara keseluruhan harga menghasilkan gaun ini ialah USD35 000. Jika anda tak mampu anda boleh beli versi replica dengan harga USD 799. Bezanya hanya pada kain yang digunakan. Kain satin digunakan instead of sutera crepe.
Melati Putih Recent Post
23 Disember 2011
Serius Cute - Elle Dan Dakota Fanning (5 Gambar)
Kenapa Dakota nampak lebih muda dari Elle? Who cares right?
Bilik Untuk Barbie Girl
Comel sungguh bilik kaler pink ni. Sesuai untuk budak-budak perempuan yang comel. Untuk budak-budak lelaki seeloknya jauhilah bilik tidur macam ni yer… huhu
Universiti Khas untuk Ladyboy
Universiti Ladyboy ini mungkin antara yang pertama diperkenalkan dunia. Ianya merupakan sebuah universiti yang terletak di Bangkok, Thailand yang menempatkan semua golongan “mak nyah” untuk mendapatkan pendidikan tanpa sebarang prejudis atau diskriminasi. Di universiti ini mereka bebas menjadi wanita dan menjalankan kehidupan sebagai pelajar seperti golongan yang lain. Tapi nyah dari Thailand ni semuanya cun-cun, kecil molek je. Patut la ramai lelaki yang terjatuh cinta dengan golongan nyah ni kan. Apapun hukum alam dah menatapkan perempuan diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk perempuan. Macam-macam hal… huhu..
Mengapa Berjanji Guna Jari Kelingking?~sebuah cerita cinta..
Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang sangat cantik dan ayu. Kulitnya gebu putih berseri,tubuhnya montok bak biola, bibirnya semekar bunga delima, rambutnya hitam berkilat bak sutera, senyumnya indah menawan sukma ..cheewaahhhh.. Banyak putera raja yang terpikat dan ingin melamarnya namun dia tidak serta merta menerima mereka. Puteri itu membuat pelbagai ujian untuk putera-putera tersebut,, sehingga pada akhirnya tinggallah 5 orang putera yang gagah perkasa dan hensem menawan jiwa… Mereka berkumpul untuk ujian terakhir. Sang Puteri menyembunyikan satu jari di belakang tubuhnya. Dan para putera itu dikehendaki untuk meneka jari apa yang disembunyikan oleh sang puteri yang cantik jelita itu dan jawapan yang betul akan menjadi suami kepada puteri tersebut.
Putera-putera tersebut pun meneka satu demi satu sehinggalah giliran putera yang keempat. Namun tiada seorang pun yang memberi jawapan yang betul kepada sang puteri. Apabila tiba giliran putera yang kelima, putera tersebut memberi jawapan yang betul iaitu dengan menunjukkan jari kelingkingnya pula kepada sang puteri. Puteri pun tersenyum seraya menunjukkan jari kelingkingnya pula. Akhirnya pasangan merpati dua sejoli itu pun berkahwin dan membina hidup baru bersama-sama.
22 Disember 2011
Orangnya Cantik, Jantinanya Pelik!
Cuba lihat gambar model Jepun ini. Memiliki rupa paras yang amat menarik dan membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan dirinya.
Nama model ini adalah Kayo Satoh.
Sekarang anda harus juga tahu bahawa Kayo Satoh sebenarnya seorang lelaki.
Mengikut model itu, dia telah berpindah dari kampung halamannya untuk mengelak dirinya daripada dikenali orang. Dia kemudian memilih untuk hidup sebagai wanita dan menggunakan nama baru.
Kayo mendakwa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik dan mendakwa kecantikan dirinya adalah asli.
Jika benar, maka make up pastinya memainkan peranan yang amat penting dalam mengubah wajah lelaki ini.
Dia bagaimanapun mengakui menyuntik hormon ke dalam tubuhnya sejak berumur 15 tahun.
Kayo dilahirkan pada 26 Disember 1988 di kawasan Aichi.
Pengakuan mengenai dirinya seorang lelaki dibuat tahun lalu dalam program televisyen Majotachi no 22ji. Ia dibuat selepas khabar angin mengenai jantina sebenarnya tersebar di internet.
Dia juga dikenali dengan nama Kayo Police dan merupakan seorang pemain permainan video Street Fighter yang disegani di Jepun.
19 Disember 2011
13 Disember 2011
Inilah Model Kanak-Kanak Yang Comel Seperti Anak Patung
Ira Brown hanya baru berumur 2 tahun, tetapi dia sudah menjadi model yang terkenal di Amerika Syarikat. Ibu bapanya telah menandatangani kontrak dengan beberapa jenama terkenal di pakaian kanak-kanak.
Kanak-kanak itu adalah seperti “Cutie Doll” sebenar. Menurut ibu bapanya, dia suka bergambar untuk kamera dan menggemari lakonan serta pertunjukan fesyen kanak-kanak.
04 Disember 2011
03 Disember 2011
SELANGOR KU
Paya Indah Wetlands, Kuala Langat
Setia Alam, Setia Indah, Selangor
Pulau Indah
Kuala Selangor indah bersejarah.
02 Disember 2011
MALAYSIA INDAH
Sebagai warga negara Malaysia, kita seharusnya merasa bangga dan bersyukur dengan kemakmuran budaya, keharmonian negara dan kekukuhan politik serta ekonomik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Selain itu, tanah tempat tinggal kita seumpama syurga di bumi, penuh dengan kekayaan alam semula jadi yang luar biasa dan indah. Alam inilah yang telah menjadi kekaguman orang ramai dari seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah. Kita tidak patut mengambil kesempatan atas kekayaan alam semula jadi negara kita. Sebaliknya, kita mesti memainkan peranan kita sebagai penjaga alam ini, bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada seluruh manusia tetapi untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang. Ini bukan hanyalah tanggungjawab seorang individu tetapi inilah masanya untuk kita mengambil tindakan bersama-sama sebagai warga Malaysia. Mari kita bekerjasama dengan satu tujuan dan menjayakan Malaysia yang hijau dan bersih. “Ingatlah Pelancongan, Majulah Pelancongan” dan jadikan Malaysia satu destinasi pelancongan utama dunia!
YES SAYA ANAK MALAYSIA....NO POLITIK POLITIK YA....
Malaysia Indah Tanah Air Tercinta. Tanah Tempat Tumpahnya darahku................
Pulau Lagenda - Langkawi
Menara Kuala Lumpur
Pulau Sipadan, Tioman, Langkawi
Kuching, Sarawak
Keunikan Masjid Kristal di Terengganu
YES SAYA ANAK MALAYSIA....NO POLITIK POLITIK YA....
Malaysia Indah Tanah Air Tercinta. Tanah Tempat Tumpahnya darahku................
Pulau Lagenda - Langkawi
Menara Kuala Lumpur
Pulau Sipadan, Tioman, Langkawi
Kuching, Sarawak
Keunikan Masjid Kristal di Terengganu
ARTIS MALAYSIA BERSAMA ANAK YANG BARU LAHIR
Setelah setahun berkahwin, Along Cham dan isterinya, Zila AF4 menimang cahayamata pertamanya pada12 November yang lalu. Bayi lelaki mereka dilahirkan seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor. Anak pertama ini diberi nama Ahmad Danial.
Cat Farish telah selamat menyambut kelahiran anak ketiganya yang diberi nama Qul Iskandar. Bayi lelaki ini selamat dilahirkan pada 15 November 2011.
Sari Yanti telah melahirkan anak kedua empat hari yang lalu di hospital swasta, Kuala Lumpur. Anak keduanya ini diberi nama Basit al-Haq. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan nama anak Sari Yanti, anak pertamanye diberi nama Barr al-Aliy. Lagi beberapa keping gambar after the jump.
Langgan:
Catatan (Atom)