Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

30 November 2011

3 Wanita Paling Cantik Di Asia

Berikut adalah senarai dan gambar 3 Wanita Paling Cantik Di Asia.Majalah online ‘Global Beauties’ telah mengeluarkan senarai wanita paling cantik di asia melalui undian.
Berikut adalah wajah-wajah mereka yang paling cantik di asia pada waktu ini: 

1. Nicole Faria dari India 

2.Venus Raj dari Filipina

3. Diem Huong dari Vietnam

Kontroversi Skandal Khairul Apek dengan Shida Harmi Pulak


‘Tunjukkan kalau ada bukti’ ,Khairul Fahmi respon isu skandal Shida Harmi
Selepas nama Dahlia Teck menjadi sebutan ramai, hari ini, peminat bola tempatan sekali lagi digegarkan dengan cerita panas mengenai penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berkenaan skandal seorang wanita yang dikenali sebagai Shida Harmi.
.
Identiti wanita ini yang merupakan watak baru dalam kehidupan peribadi Khairul Fahmi atau nama samaran Apek ini diertikan sebagai salah satu cubaan pihak di luar sana yang ingin menjatuhkan reputasi serta fokusnya di atas padang kelak. Ini turut diperakui oleh Khairul Fahmi ketika ditemubual oleh OHBULAN!, lewat tengah hari tadi.
.
“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Khairul Fahmi memulakan wawancara.
.
“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas. Berkenaan nama-nama yang disebut dalam Blackberry Messenger (BBM), jujurnya saya tak kenal akan nama Nadzim. Bagaimanapun, Erin adalah nama kakak kepada Elia, bekas tunang saya dulu,” ujar pemain pasukan Harimau Muda ini yang berjaya mengalahkan Indonesia di Sukan Sea, Isnin lepas.

Khairul Fahmi juga mencabar pihak yang menyebarkan kandungan mesej berbaur ugutan (screenshot di atas) ini agar tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh.
“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.
Pemain muda ini turut kesal dengan sikap sesetengah orang yang cuba menjatuhkan nama serta reputasinya yang kini sedang memuncak. Bagaimanapun, dia menjanjikan persembahan yang terbaik agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanah air.

“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya. Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!” kata Khairul Fahmi yang ingin menumpukan perhatian di atas padang demi maruah negara.

Makhluk Halus Tumpang Solat

Kejadian aneh tapi benar
BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. 
Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.

Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.

Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.

“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.

“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.

“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.

“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.

Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

23 November 2011

Oh! Acara Bunuh Ikan Paus Pilot (zalim sungguh)

SEJUMLAH penduduk membunuh beberapa ekor ikan paus pilot dekat bandar Torshavn, Denmark kelmarin.

 BANDAR TORSHAVN, Denmark – Penduduk di Kepulauan Faroe, Denmark menangkap dan memotong daging ikan paus pilot dekat sini kelmarin.
Pada setiap tahun, penduduk di Kepulauan Faroe makan daging ikan paus pilot.
Penduduk di kepulauan itu merupakan keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi.
Ikan paus pilot merupakan diet penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu.
Penduduk itu akan memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk dan membunuh ikan tersebut.
Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk.

GEMPAR - HEBAT ! PENJARA MEWAH UMPAMA HOTEL 5 BINTANG

Lepas korang tengok penjara ini, mesti ada yang nak masuk penjara sini.. hehe..tak macam penjara pun..macam hotel 5 star je ni..di Austria













10 November 2011

Wanita-wanita Tertinggi di Dunia

Semua orang pasti mengimpikan susuk tubuh yang tinggi lampai. 
Namun jika terlalu tinggi mungkin akan mengundang masalah.
Apapun bersyukur sajalah dengan kurniaan tuhan. 
Jom tengok antara wanita-wanita “tinggi” di seluruh dunia.
t1 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t3 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t4 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t5 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t6 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t7 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t8 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t9 Wanita wanita Tertinggi di Dunia
t11 Wanita wanita Tertinggi di Dunia

Wanita Mengahwini Anjing??

PELIK DAN BENAR..!! 
Seorang wanita bernama Emily Mabou, telah berkahwin dengan anjing sendiri. Perempuan dari Aburi, Togo itu mengakui pernah melakukan hubungan dengan lelaki. Namun tambahnya, dia jatuh cinta kepada anjingnya sendiri kerana ia baik, dan  setia kepadanya. Selain itu, anjingnya selalu melayannya dengan hormat, menurut Emily sendiri. Bagaimanapun perkahwinan ini tidak dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kerana mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan ini…
woman dog 186 Wanita Mengahwini Anjing??
Kata Emily.. “For so long I’ve been praying for a life with a partner who has all the qualities of my dad. My dad was kind, faithful and loyal to my mum, and he never let her down.”
anjing 240x300 Wanita Mengahwini Anjing??
Bila ditanya mengenai anak, Emily menjawab. “kami akan mengambil anak angkat..” EEWWWWW….dapat tak anda bayangkan tidur sebantal dengan anjing seumur hidup anda..?? 

Pelbagai Perubatan Pelik Di Serata Dunia



Peruvian Ety Napadenschi, yang sedang hamil elapan bulan, disentuh oleh ikan lumba-lumba bernama Wayra selama menjalani sesi terapi untuk perempuan hamil di sebuah hotel di Lima . Terapi ini diyakini boleha menstimulasi otak bayi dalam perut. Suara frekuensi tinggi dari ikan lumba-lumba diyakini boleha mengembangkan kemampuan neuron.




Seorang pesakitn sedang menjalani rawatan cupping di Huangzhiguo Traditional Chinese Massage and Acupuncture Clinic, Shanghai . Cupping diyakini boleh mengeluarkan panas dari dalam tubuh. Terapi ini menggunakan gelas yang dipanaskan sebelum ditempatkan di atas belakang badan pesakit.




Seorang lelaki China sedang menjalani terapi sengatan lebah untuk mengatasi rhinitis, peradangan di membran dalam hidungnya, di sebuah klinik di Duqu Town of Xi'an, China . Doktor di klinik tersebut juga menggunakan sengatan lebah untuk mengatasi penyakit seperti rematik dan arthritis.




Lelaki ini memasukkan wajahnya ke dalam akuarium berisi ikan garra rufa, ikan yang digunakan untuk perawatan kulit, dalam acara Beautyworld Japan trade fair di Tokyo.




Seorang laki-laki yang ditutupi lumpur duduk di kolam lumpur yang diyakini memiliki khasiat ubat di 'danau keajaiban/Lagoon of Miracles', di Chilca , Peru . Danau keajaiban dengan warna kehijauan yang dikelilingi oleh kolam lumpur ini dinyatakan boleh menyembuhkan bermacam penyakit seperti penyakit kulit contohnye jerawat, kurap, kudis dan lain-lain.




Perubatan ini dikenali dengan nama Kenari. Seorang perempuan sedang menerima rawatan tradisional China dengan sebuah kenari di mata dan daun moxa kering yang disumbat di telinga. Ia dijalankan di sebuah klinik di Jinan, ibu kota Shandong.

Rahsia disebalik syarat peminangan puteri gunung ledang

Di dalam hikayat Hang Tuah ada dinukilkan,betapa agung dan rendah budinya sang laksamana kebanggaan kesultanan melayu melaka ini. Diasuh ketika kecilnya dengan baik,lengkap pengangan agamanya.Dan ketika membesarnya pula pergi ke gunung ledang bersama rakan-rakannya yang lain demi mencari ilmu didada.Dan ketika dipuncaknya,beliau diuji antara kehendak sultan ataupun kasihnya kepada sahabat karibnya Hang Jebat.

Dikisarkan dalam sejarah, Laksamana hang Tuah diberi titah oleh baginda sultan..titah besar yang harus dijunjung ,diselesaikan demi sultannya.loritanah cuba menyelinap rahsia sebalik syarat peminangan.check it out.

Lantaran perintah meminang puteri gunug ledang,Hang Tuah beserta para pengikut hamba istana beserta tun Mamat,mereka memanjat gunung ledang.namun disebalik urusan peminangan itu ada banyak kisah tersembunyi disebalinya.Menurut sumber sejarah,puteri gunung ledang meletakkan pelbagai syarat yang emm pelik didengar.Menurut filem Puteri Gunung Ledang(Usaha dari Tiara Jacquelina), keduanya mempunyai hubungan kasih tak kesampaian.namun disebalik syarat-syarat yang diberikan..emm terselindung penuh maksud,penuh simpulan kata-kata melayu indah.

Teori:disini saya ingin merungkai sedikit sebanyak makna syarat-syarat yang diberikan oleh tuan peteri itu,berdasarkan pemahaman serta renungan dalam.Benarkah Tun Mamat berjaya menemui Puteri gunung Ledang.Benarkah bagai dikata syarat-syarat itu keluar dari mulut puteri lagenda tersebut?Teori saya,emm pertama; samadaTun Mamat tidak berjaya menemui sang puteri ataupun Kedua; Penolakkan dibuat oleh puteri gunung ledang secara terus terang.Tun Mamat turun dengan hampa dan memberitahu permasalahannya kepada Datuk Laksamana.Lantaran dikurniakan akal yang cerdik penuh muslihat,masaalah ditukarkannya kepada permintaan.Umpama membaling 2 ekor burung dengan seketul batu,Menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus, tepung tak berselerak.

teori;Hang Tuah,warganegara pertama melaka yang memikirkan kesihatan dan kebersihan negeri Melaka.

Disini saya cuba paparkan petikan syarat-syarat dari gunung ledang tersebut berdasarkan petikan cerita cinta agung PGL oleh Tiara Jacquelina.


Syarat pertama
Air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air mata anak dara sunti

kesimpulannya; Melaka dizaman kurun ke 15 amat pesat keadaannya.ini menarik ramai kedatangan pelayar-pelayar asing dari dalam kepulauan melayu mahupun dari luar.Hendaknya dapatlah gadis-gadis melaka senantisa menjaga kehormatan diri mereka serta mengekalkan martabat kegadisan yang sentiasadipandang tinggi.

Syarat kedua
Pinang bukan kawin tidak tua merah darah nya 7 tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air pinang muda
kesimpulannya:pinang, antara pokok-pokok yang banyak ditanam ketika itu.Pelbagai kegunaan dari batang hingga ke pelepahnya ketika itu.mungkin anatara usaha Hang Tuah ketika itu ingin memajukan perusahaan berasaskan pokok pinang pastinya.Buahnya boleh dibuat bahan utama dalam resepi sireh orang dulu-dulu.

Syarat ketiga
Merangkak bebas didataran, darah juga kehendaknya sifatnya 7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati hama

Kesimpulannya: hati hama ataupun mengikut sesetengah riwayat hati kuman hendaknya.Hama banyak melekat pada tilam-tilam ataupun dikawasan yang tidak pernah dibersihkan mahupun pada pakaian yang lama tidak dibasuh.Seringkali membawa penyakit seperti kudis buta ataupun kurap dan lain-lain penyakit kulit.Alangkah indahnya jika punca kepada penyakit-penyakit kulit ini dapat di basmi ketika itu..

Syarat keempat
Terbang bebas diudara,darah juga kehendaknya ,sifatnya,7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati nyamuk

kesimpulannya;Nyamuk memanglah boleh dikatakan membawa penyakit.Pada ketika itu malaria ataupun denggi mungkin belum lagi dikenalpasti.Namun, tempat-tempat tadahan air yang terbiar seperti bekas-bekas kosong mahupun tempurung-tempurung kelapa boleh dijadikan tenpat membiaknya.Dengan ini rakyat akan lebih 'rajin' dalam membersihkan keadaan sekeliling rumah mereka dalam usaha mereka 'memburu nyamuk' atas titah diraja kelak.

Syarat kelima
darah putih rakyat untuk menambat darh kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan perak dari melaka ke Puncak Gunung Ledang

Syarat keenam
darah merah rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan emas dari melaka kepuncak gunung ledang

kesimpulanya: antara syarat k5 dan ke6 ini dapat saya simpulkan kepada satu tujuan.pembersihan!proses penyediaan bahan-bahan binaan nya amatlah tidak masuk akal sekali.Akan tetapi bayangkan, jika denai-denai laluan dibersihkan demi tujuan 'pembinaannya'.Bukankah akan menyenangkan lagi laluan pedagang-pedagang dari negeri lain yang mengunakan laluan darat?

Syarat ketujuh
darah seguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti,sebatil, jawapannya: Darah putera mahkota melaka raja Ahmad,semangkuk

Kesimpulannya;sudah pastilah antara yang ingin disampaikan oleh Hang Tuah ketika itu mesej asal dari gunung ledang itu sendiri.Sekadar peringatan dengan cara tarik rambut dalam tepung,agar tiada yang berselerak nanti.Sudah pasti permintaaan yang terakhir ini boleh 'menyegarkan' kembali ingatan sultan atas tanggungjawab utama baginda sebagai pemerintah Melaka bumi berdaulat ketika itu.