Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

21 September 2010

Riwayat Bidadari-bidadari Syurga

Siti Hajar
Ketika anak meraungkan tangisan, hati ibu tidak keruan
Berlarilah Hajar dari Safa ke Marwah
Mencari petunjuk bantuan Allah
Hentakan kaki menerbitkan air
Penghilang dahaga dan kering bibir
Hajar..hikayatmu merentasi kurun
Menjadi ingatan turun temurun
Maryam 
Akan tumbuhkah benih tanpa air yang menyiram?
Akan mekarkah bunga tanpa cahaya suria?
Maryam..engkau menjadi pilihan Allah
Membuktikan kudratNya yang Maha Kuasa
Aminah Binti Wahab
Semulia-mulia rahim yang mengandungkan bayinya
Semulia-mulia wanita yang mengandungkan rahmat
Tidak akan terulang lagi di dalam hikayat
Kisah laksana Aminah Binti Wahab
Ibu pembawa berkat

Kisah Ashabul kahfi (7 sahabat/penghuni gua)

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.
Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).

Kerana Mempersendakan Al-Quran

“PAGI itu sekolah kecoh. Nadia dan Aiman ditangkap basah! Cerita ini disampaikan terus oleh Fazli yang turut berada di tempat kejadian. Malah dia sempat merakamkan perbuatan sumbang rakannya itu. Menurut Fazli, mereka ditangkap oleh penduduk kampung di dalam semak tanpa seurat benang pun.
Sebenarnya, kami memang sudah maklum dengan perangai Nadia yang berlagak alim depan ibu bapanya dan guru-guru di sekolah. Malah, sikap Nadia yang gemar menabur fitnah dan mengadu-domba itu menyebabkan rakan-rakan sekelas menjauhkan diri daripadanya. Salah seorang mangsa fitnahnya ialah rakan baikku sendiri iaitu Ainun. Disebab fitnah itu jugalah Ainun pernah diugut akan dicederakan oleh Aiman.
Oleh kerana tidak tahan difitnah dan diugut, akhirnya Ainun mengadu kepada cikgu kaunseling tentang perilaku Nadia yang sering ponteng sekolah untuk berasmara dengan kekasihnya. Dakwaan Ainun itu diperkukuhkan dengan sms yang dihantar sendiri oleh Nadia. Melalui sms itu Nadia memaklumkan dia tidak ke sekolah kerana keluar bersama Sham ke Bandar. Sham merupakan teman lelaki Nadia yang kedua. Cikgu kaunseling menelefon bapa Nadia bagi memaklumkan perkara tersebut. Bapa Nadia berjanji akan menyiasat perkara berkenaan.
Beberapa hari kemudian, ibu bapa Nadia datang ke sekolah untuk berjumpa cikgu kaunseling. Ibu bapa Nadia mendakwa Ainun sengaja memfitnah anak mereka. Bagi membuktikan anak mereka tidak bersalah, ibu bapa Nadia menyuruh Nadia bersumpah dengan menjunjung Al-Quran dan Nadia melakukannya. Kemudian, cikgu kaunseling memanggil Ainun dan menyuruh dia melakukan perkara yang sama seperti Nadia lakukan sekiranya dia bercakap benar. Namun demikian, Ainun enggan menjunjung Al-Quran. Ainun tidak mahu mempermainkan kitab suci itu.

20 September 2010

10 Mayat Yang Tidak Reput

" Cuma merupakan suatu peringatan dan pengetahuan buat diri saya yang sering alpa - ditambah di sini sebagai suatu panduan untuk diri saya sendiri dan bagi sesiapa yang masih belum mengetahuinya" - Petikan drpd sudut Agama - Berita Harian

DALAM satu riwayat menyatakan, apabila makhluk dibangkitkan dari kubur mereka berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan, minum, duduk dan bercakap.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw: “Bagaimana kita dapat mengenali orang mukmin pada hari kiamat?”

Jawab Rasulullah: “Dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan wuduk. Apabila kiamat, malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.

“Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggil dari zat yang memanggil.

“Bukanlah debu itu daripada debu kubur mereka, akan tetapi debu itu adalah debu keimanan mereka.

“Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat mukmin itu mengetahui mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-Ku.”

Disebutkan hadis Rasulullah, 10 orang yang mayatnya tidak busuk serta tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal pada waktu mati.

Nabi.

Ahli jihad.

Alim ulama.

Syuhada.

Penghafal al-Quran.

Pemimpin yang adil.

Tukang azan.

Wanita mati bersalin.

Orang mati dianiaya.

Orang yang mati pada siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Dalam satu riwayat yang lain dari Jabir Abdullah, Rasulullah bersabda: “Apabila datang hari kiamat dan orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan, maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga. Ambillah dan berikan mereka makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.”

Maka, malaikat Ridhwan menyeru: “Wahai sekalian kawan dan semua anak yang belum baligh.” Lalu mereka datang dengan membawa dulang daripada nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap seperti firman Allah dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang kamu kerjakan pada hari yang lalu itu.”