Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

20 Mei 2010

MAKHLUK ANEH DI LAUT ANTARTIKA

Di jepun desas desus menyatakan  adanya makhluk aneh yang hampir menyerupai manusia. Korang nak tengok tak makhluk aneh..memang menyeramkan.

Makhluk nie berwarna putih

WANITA BERKAKI EMPAT

Korang caya tak, gambar wanita yang akan korang tengok jap nanti berkaki empat. Nampak pelik,lagipun wanita tu dapat gak berkahwin dengan lelaki yang normal…yang memuskilkan mummyna macam mane ye suami dia nak buat operasi mlm hari..he..he..he..

MAYAT HIDUP BOLEH BALIK RUMAH

Gambar di bawah nie kononnya mayat hidup yang boleh berjalan lagi. Gambar nie juga menunjukkan satu upacara yang entah apa-apa.Berlaku kat indonesia.
Dikatakan juga mayat hidup ini boleh kembali ke rumah asalnya atau balik ke kuburnya kembali.
Macam-macam gak ye….

BERKHAWIN DENGAN ANJING

Korang  mungkin pernah mendengar cerita ‘lelaki kena gigit anjing’, namun bagaimana dengan kisah ‘lelaki mengahwini seekor  anjing’?Ini betul-betul terjadi di India, negara asal-usul Kamasutra.

Peristiwa ini terjadi pada satu perayaan tradisional masyarakat hindu di kuil selatan Tamil Nadu.
Pengantin lelaki diatas adalah seorang petani India bernama Selvakumar dengan usia 33 tahun, sementara pengantin wanitanya adalah seekor anjing betina bernama Silvi (Gila, ada nama gak anjing nie…letak nama kajol best gak)

Lelaki tersebut bernikah dengan anjing untuk menebus dosa kerana telah melempar  anjing-anjing lain dengan batu sampai mati dan kemudian menggantungnya di sebuah pokok, 15 tahun yang lalu.

Sejak peristiwa itu, ia lelaki itu sering merasa bersalah dan mengalami sejenis penyakit dengan Tangan dan kakinya lumpuh. Selepas itu  kehilangan pendengaran salah satu telinganya dan tidak dapat berbicara dengan normal.
 
Dia menceritakan kisahnya pada Hindustan Times (salah satu berita di India).

Dia mempercayai bahawa penderitaanya adalah sumpahan dari anjing.

KAPAL UDARA TERBESAR DUNIA



kapal udara Bullet 580 yang diletakkan di Garrett Coliseum, Montgomery, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu.


MONTGOMERY, Amerika Syarikat (AS) – Kapal udara terbesar di dunia yang dinamakan sebagai Bullet 580 akan menjalani ujian penerbangan pada musim panas ini.
 
Kapal udara sepanjang 71.62 meter dan berdiameter 19.18 meter itu dibina oleh syarikat E-Green Technologies dengan menggunakan sejenis bahan nipis tetapi 10 kali ganda lebih kukuh berbanding besi.

“Ia cukup perlahan untuk menikmati pemandangan dari udara, boleh membawa kargo sehingga berat 907 kilogram pada ketinggian 6,000 meter dan boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh atau dikendalikan oleh seorang krew,” kata Ketua Pegawai Eksekutif E-Green Technologies, Mike Lawson.
Kapal udara itu berharga AS$7.8 juta (RM25.7 juta) dan dibekalkan oleh tujuh beg berisi gas helium dan bergerak pada kelajuan 56 kilometer sejam.

Kapal itu akan melakukan misi mengukur kelembapan bumi dengan kerjasama Universiti Old Dominion dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik AS. – Agensi

TRAGEDI MISTERI TIGA BERANAK



ANAK panah menunjukkan tempat Manish dan isterinya terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur semalam.
 

KUALA LUMPUR – Entah apa puncanya, satu pasangan suami isteri tergamak membunuh anak lelaki mereka yang berusia dua tahun menggunakan racun tikus sebelum kedua-duanya ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Tun Sambathan di sini semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pukul 4 pagi tetapi ia hanya disedari oleh seorang pengawal keselamatan selepas terserempak dengan mayat pasangan itu di atas lantai tingkat bawah ketika dia sedang melakukan rondaan tiga jam kemudian.

Mayat pasangan dari Mumbai, India tersebut, Manish Dinesh, 34, dan Niveditaa Manish, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap dan perut terburai. Tangan kiri Manish pula terdapat kesan kelar.
Manish merupakan seorang perunding kewangan dengan pendapatan RM20,000 sebulan manakala isterinya tidak bekerja.

Anak mereka, Yoghansh Manish, 2, ditemui terbaring di atas katil dengan hidungnya disumbat dengan kapas di dalam sebuah bilik di rumah mereka yang terletak di tingkat 13A.

Polis turut menemui racun tikus, pisau dan pil paracetamol di dalam bilik itu yang dipercayai digunakan untuk membunuh kanak-kanak itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati selepas membunuh anak mereka, bapa kanak-kanak itu cuba membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya berdasarkan tompokan darah di dalam bilik itu tetapi gagal.