Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

17 Jun 2011

ANEH ULAT BULU BERBARIS PANJANG MELINTAS JALAN



Peristiwa aneh dan jarang berlaku kita lihat apabila sekawan ulat bulu berbaris panjang  melintas jalan. Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.






Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain  dalam perjalanan darimelawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini  berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik. 

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. SubhanAllah.
"Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini"



Haiwan pelik di dunia

Muncung mole | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA

# Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.




14 Jun 2011

Wanita makan ayam Hidup

Seorang wanita yang dikenali sebagai Mama Pretty atau nama sebenarnya Miskaulah (38), warga Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo ini, memiliki kebiasaan memakan ayam hidup.

Disebabkan tidak mahu dikatakan menipu, die memanggil wartawan untuk merakamkan aksinya di rumah.