Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Orkut Scraps

Melati Putih Recent Post

get this widget here

23 Disember 2009

UNTUK ISTERI DAN BAKAL ISTERI

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….
.
Pernikahan ataupun Perkahwinan,

Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
.
Pernikahan ataupun Perkahwinan,

Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Isteri Cantik Jelita, Suami Tak Hensem???...

" SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai V. Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya nyaring dan bertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan katanya, " I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."

Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut. Mengapa?


"Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorang doktor. Tapi dia.. emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping."


"Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampai mati pun saya akan cintai dia seorang saja,"

Saya rumuskan begini: tidak berapa tinggi - pendek @ katek, tidak berapa kacak ?

hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan perut tidak berapa ramping? gendut @ buncit.
Saya hanya senyum sendiri.
Kata Harvilee Hendrix penulis

buku "Getting the love you want" cinta romantis menyuburkan fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masa panjang. Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyak
bermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria utama ini dan berpijaklah di bumi nyata.


1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelaki kerana kecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha keras mengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang menghabiskan masa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk kecantikan tubuh tentu saja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat (terutama selepas bersalin) atau baju terlebih saiz.


2. Lelaki macho dengan gaya unggul - terpesona kerana kekemasan dan ketrampilannya? Baca ini, "saya tahu dia seorang peguam dan menghabiskan banyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika dia melepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru sedangkan semuanya sama saja pada saya, hitam dan putih! Maaf ya, nampaknya koleksi dalam almari lebih penting dari anda.


3. Kerjaya prestij ? kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu saja kerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari urusan bil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang kereta, anda yang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang mampu fokus kepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan anda walaupun dia tidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih berbaloi.


4. Kereta mewah menjalar ? pasti punggung terasa mengembang duduk di sebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masai meredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu terutama jika dia memandu kereta dengan dua tempat duduk adalah lelaki yang selalu mengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia menukar kereta dua tempat duduk atau kereta yang sudah diubahsuai ribuan ringgit menjadi kereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu saja akan mengotor dan menghenyak-henyak kerusi empuk?


5. Datang dari keluarga sempurna ? lelaki yang sempurna mesti datang dari keluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya graduan universiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin, tan sri- puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun kita, sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak mesra dengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu bukan luar biasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yang baik.
Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yang
sesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri sendiri.
Bak lirik lagu popular, jangan kau harap jangan kau mimpi..."